d' YOUTH APPRENTICE

Sunday 20 May 2012

VULVA SWABING

NOTA KULIAH SEM 1

( VULVA SWABING )

DEFINISIPembersihan vulva dengan swab kapas.


TUJUAN
1.       Elak Infeksi.    -  Sebelum prosedur steril seperti pengkateteran / pemeriksaan vagina.    -  Selepas bersalin / pembedahan sakit  puan / LSCS.2. Kekalkan kebersihan & keselesaan.
    -  Klien tidak berdaya.    -  Klien yang mengalami banyak keluaran discaj vagina  seperti leukorea /       perdarahan / pruritis vulva.3.                  Memeriksa keadaan vulva dan perineum.


INDIKASI
  1. Ibu yang bersalin biasa dalam masa 24 jam pertama.
  2.  Ibu yang mempunyai luka episiotomi, kekoyakkan 2nd – 3rd degree.
  3.  Ibu bersalin secara Forceps / Vacuum.
  4.  Pesakit wanita yang  tidak sedarkan diri.
  5.  Ibu yang perlu berehat :-
    -  Pembedahan LSCS    -  Pre Eclampsia    -  Penyakit Jantung


TANGGUNGJAWAB JURURAWAT


KETERANGAN
  1. Penerangan yang jelas diberi supaya dapat  kerjasama dan kurangkan malu ibu.

KESELESAAN1.       Ibu sudah buang air  kencing / air  besar.2.  Privasi diberikan sepanjang prosedur
   dijalankan – skrinkan katil.3. Meletakkan ibu ke kedudukan Fowler’s – Galak  keluaran lochia dan mudah melakukan prosedur.


KESELAMATAN1.         Aktiviti dilakukan pada masa wad  tidak sibuk - menyapu  dusting atau
     masa  melawat  sudah tamat -  elakkan jangkitan silang.2.        Ibu mesti dibersihkan  sebelum  melakukan prosedur.     - punggung bebas dari najis untuk elak jangkitan.3.        Peralatan disediakan secara  teknik  aseptik.


KETEPATAN1.Teknik  swabbing yang betul mesti dipatuhi.  Mula dari bahagian jauh → bahagian dekat.  Swab dari atas ke bawah.  Guna satu swab satu kesatan.2.Pemerhatian dilakukan ke atas:-  i. Vulva- tanda-tanda kemerahan / kebengkakkan & keadaan sutur jika ada.  ii.Lochia – amaun /warna / kandungan /kepekatan / bau
3.Penemuan di catatkan.4. Keabnormalan dilaporkan.
PERALATANAtas Troli
                   Gloves Sterile                   Dissecting   Forceps                    Sterile cotton /  gauze dalam bekas
                    Swabbing Bowl x2  Tuala Wanita  X 2
Bawah Troli
                  Mask                  Losyen Hibitane 0.05 %                  Tali – untuk ikat tuala wanita
                  Incontinence Sheet                  Kain / cadar pelapik.                  Bedpan dengan penutup.                  Kidney dish untuk menerima Forceps kotor.                  Beg clinical waste untuk menerima swab dan wanita  kotor.


LANGKAH-LANGKAH
Bil
Langkah-langkah
Rasional
1
- Beri salam.
- Terangkan prosedur. 
- Nilai keadaan.
Mendapat kerjasama pesakit dan mengurangkan kebimbangan serta ketakutan. 
2
Sediakan peralatan yang lengkap. 
Memudahkan proses kerja. 
3
Beri privasi. 
Menjaga maruah pesakit 
4
Alaskan punggung ibu dengan treatment mackintosh.
Melindungi cadar.
5
Letakkan bedpan, keluarkan pad, buang ke dalam receiver dan arahkan ibu buang air kencing.
Menerima losyen yang akan dijirus pada bahgian vulva.
6
Basuh tangan. 
Pakai mask / sarung tangan.
Elak jangkitan silang.
7
Sediakan swab secukupnya.
Memudahkan proses kerja
8
Tuangkan lotion keatas vulva.
Tanggalkan kekotoran.
9
Swab vulva:-
        Labia majora yang jauh.
        Labia majora yang dekat.
        Labia minora yang jauh.
        Labia minora yang dekat Vestibule.
Patuhi prinsip asepsis untuk elak infeksi.
10
Lipat pad di tengah & letakkan di vulva. Arahkan ibu kepit pad dengan paha.
Memudahkan kerja dibuat
11
Keluarkan bedpan & arahkan ibu mengiring ke sebelah.
Mudah keluarkan bedpan.
12
Swab anus dari depan ke belakang
Keselesaan pesakit
13
Arahkan ibu baring ke posisi rekumben semula.
Memudahkan kerja dibuat
14
Ikatkan tali pad dengan kemas dan selesa.
Keselesaan
15
Selesakan ibu.
Dapat rehat.
16
Kemaskan peralatan 
Mudah mencari peralatan semula
17
Laporkan sebarang keabnormalan. 
Tindakan dapat dibuat secepat mungkin untuk keselamtan pesakit.


1 comment: