d' YOUTH APPRENTICE

Saturday, 19 May 2012

KAWALAN SERANGGA-TIKUS

NOTA KULIAH SEM 1

KAWALAN SERANGGA/ PEST CONTROL

TIKUS

PENGENALAN

Tikus hidup berhampiran manusia sama ada di dalam atau dipersekitaran kawasan penginapan manusia.  Tikus merupakan satu punca di mana penyakit dari manusia dan haiwan peliharaan dapat dipindahkan kepada manusia.  Ia membawa kerosakan kepada makanan serta menyebabkan penyakit melalui guguran bulu, najis dan air kencing.  Tikus menyebabkan kerugian ekonomi kerana mengoyak pintu, tingkap, bekas kayu dan jaringan lalat untuk memasuki tempat makanan.  Tikus juga mengunyah kabel letrik dan kabel telefon.


PENYAKIT YANG DIBAWA OLEH TIKUS

*   Hawar
*   Tifus
*   Jangkitan cacing
*   Jangkitan virus
*   Bacteria


KEADAAN YANG MENGGALAKKAN PEMBIAKAN TIKUS

Tikus membuat sarang dan membiak di tempat yang terdapat makanan dan di tempat yang terlindung:

*   Premis makanan
*   Dapur yang kotor
*   Gudang
*   Kilang memproses makanan
*   Tempat pembuangan sampah
*    longkang
*   Bangunan lama
*   Kandang binatang
*   Tanah pertanian terbiar
*   Runtuhan batu
*   Timbunan kayu
*   Konkrit atau batu bata yang pecah
*   Sampah sarap yang tidak diurus dengan sempurna



CARA MENGESAN TIKUS

Kehadiran tikus dapat dikesan dengan cara berikut:

i.             Tikus dapat dilihat bergerak pada waktu siang dan malam di tempat ia berselindung.  Kehadiran tikus juga dapat dikesan daripada tinggalan air kencing , bau dan sarangnya.

ii.            Daripada kunyahan – tanda-tanda pada pintu, tigkap dan bungkusan barang terutamanya barangan makanan membuktikan kehadirannya.

iii.           Daripada tindakan mengorek lubang baru di sekitar tapak pembinaan, di bawah permukaan lantai, tepi jalan, pelantar dan benteng sungai.

iv.          Daripada tinggalan najis-najis yang segar adalah tanda kehadiran haiwan perosak ini.  LIhat di belakang peralatan bersekatan dengan dinding dan di tempat-tempat yang jarang dibersihkan atau diusik.

v.           Daripada jejak tapak kaki – periksa tempat berdebu untuk jejak                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        tikus ( tapak kaki )

vi.          Daripada lumuran laluan – cari kawasan yang berlumur sepanjang dinding berhampiran dengan paip, longkang dan tempat-tempat terbuka di mana tikus bergerak.

vii.         Dengan memeriksa umpan tikus – letakkan makanan dan perhatikan untuk tanda-tanda ia dimakan atau tidak.

viii.        

LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN TIKUS

i.             Jangan memberikan peluang kepada tikus menghampiri makanan atau mencari tempat perlindungan.

ii.            Kerumitan mendapatkan makanan bagi tikus perlu diwjudkan dan menutup sampah dengan baik.  Makanan perlu disimpan di tempat yang selamat dari ancaman tikus seperti di bekas atau almari.  Pastikan kebersihan persekitaran tempat anda.

iii.           Hapuskan tempat perlindungan tikus.  Pastikan barang-barang disimpan secara teratur.

iv.          Pasangkan jaring dawai di semua lubang yang sesuai

v.           Perangkap tikus dengan cara memasang jerat untuk mengurangkan ancaman tikus

vi.          Gunakan racun tikus mengikut peraturan yang ditentukan.

1 comment:

  1. Rumah penuh dgn tikus?
    =================================
    RACUN TIKUS VICTORY - pest control grade
    =================================
    ➡ Fomulasi USA ,100% berkesan
    ➡ Tidak mati dicelah
    ➡ Jimat masa
    ➡ Sepekat boleh pakai 2-3 tempat
    ➡ Dijamin berkesan
    Whatsapp/SMS Order:
    ➡ 016 977 5478 (Klang Valley)

    Racun Tikus Victory berasa amat BANGGA dapat menolong RAMAI TANGGA yang penuh dengan TIKUS.
    ========================================
    Tikus anda adalah Tanggungjawab Racun Tikus Victory
    ========================================

    ReplyDelete