d' YOUTH APPRENTICE

Saturday 19 May 2012

KAWALAN VEKTOR

NOTA KULIAH SEM 1

VEKTOR


PENGENALAN

Maksud Vektor

Ialah semua jenis arthropod yang membawa pathogen penyakit samaada secara mekanikal atau biologi.

Maksud Antropod

Ialah haiwan yang mempunyai badan bersegmen, ekoskeleton yang keras dan segmen yang disambung oleh apendaj.
Antara kelas Antropod  ialah:

Insecta      – mempunyai 3 pasang kaki
Arachnida           – mempunyai 4 pasang kaki
Crustacea          – mempunyai 5 pasang kaki
Myriapoda          – mempunyai pasangan kaki yang banyak


ANTROPOD DAN PENYAKIT MANUSIA

Contoh penyakit bawaan vector adalah seperti berikut:

Vektor                          Agen                                      Penyakit

Anopheles sp.            Plasmodium spp.                 Malaria

Aedes aegypti            Arbovirus                     Demam denggi

Aedes aegypti               Flavivirus                   Demam  Kuning

Culex sp.                     Wuchereria bancrofti  Filariasis

Mansonia sp.                Brugia malayi

Lalat                              Vibrio cholera            Kolera

Entamoeba histolytica                  Disentri amebic
Shigella typhi                        Disentri basilari

Salmonella typhi                            Demam tifoid

Ascaris lumbriciodes           Askariasis

Treponema pertenue           Puru

Kutu anjing                                     Yersinia                        Plag      Pseudotuberculosis

Kutu                    Rickettsia prowazeki            Tifus epidemic


Kelas Arachnida

Caplak                         Rickettsia rickettsi                 Demam bintik

Coxiella burnetti          Demam Q

Tungau                        Rickettsia orientalis              Tifus scrub

Rickettsia mooseri      Tifus Endemik

Sarcoptes scabiei       Skabies



Kelas Crustacea

Ketam, udang krai                Paragonimus-wetermani      
                                               Paragonimiasis


Kelas Myriapoda

Sepah bulan                         Hymenolepis-diminuta         Himenolepiasis


KAWALAN VEKTOR

Beberapa kaedah untuk memusnahkan atau mengurangkan populasi vector boleh dilakukan, antaranya :-

a).   Persekitaran

Kawalan vector dapat dilakukan dengan memusnahkan tempat vector membiak.  Tempat nyamuk Anopheles sp. bertelur dan membiak boleh dimusnahkan dengan mengeringkan paya-paya serta kolam, menebus guna kawasan paya dan menambahkan intensiti cahaya matahari yang sampai ke air.

Tali air hendaklah dibersihkan selalu supaya air dapat mengalir dengan baik. Sampah juga mesti dimusnahkan secara bersih.  Selain itu, pastikan sistem pengolahan najis yang baik digunakan kerana ia dapat mengurangkan penyakit yang disebarkan melalui lalat.
Pembiakan nyamuk Aedes sp. Pula dapat dikurangkan dengan memusnahkan bekas-bekas kosong yang bertaburan di sekeliling rumah agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.


b).  Banyak petisid digunakan untuk membunuh vector pada berbagai-bagai peringkat perkembangan arthropod tersebut.  Dalam kawalan penyakit malaria dan demam denggi, berbagai-bagai jenis insektisid ( racun serangga ) digunakan.  Sebagai contoh, racun Abate digunakan untuk membunuh larva nyamuk Anopheles sp. Dan Aedes sp.  Racun Malathion digunakan untuk membunuh nyamuk dewasa.

Masalah penggunaan racun ialah kemungkinan wujudnya arthropod yang menjadi kebal kepada pestisid, keracunan kepada organism alai termasuk juga manusia dan pencemaran persekitaran oleh sisa racun yang digunakan.


c).  Kaedah biologi

Kaedah ini menggunakan organisma yang sedia ada di persekitaran untuk mengawal vector pembawa penyakit.  Sebagai contoh:
i.             Penggunaan bacteria yang merupakan pathogen kepada nyamuk
ii.            Penggunaan kaedah manipulasi genetic seperti penyinaran atau radiasi untuk membentuk satu populasi serangga yang mandul
iii.           Penggunaan musuh serangga semulajadi seperti ikan untuk memakan larva nyamuk, cicak dan katak untuk memakan serangga dan sebagainya.



d).   Pendidikan kesihatan

Pendidikan kesihatan kepada orang awam khususnya tentang betapa pentingnya sanitasi persekitaran yang baik, penggunaan alat mencegah serangga, pemakaian kelambu, profilaksis personal untuk kumpulan orang yang rentan kepada penyakit tertentu dan juga penggunaan bahan penghalau serangga diadakan dari masa ke semasa.


d).   Undang-undang

Kawalan vector melalui penguatkuasa akta adalah penting bagi mendapatkan kerjasama orang ramai .  Sebagai contoh Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit dan Akta Kerajaan Tempatan Seksyen 82 membolehkan tindakan diambil terhadap tuan tanah atau penghuni premis jika kawasannya menjadi tempat aperlindungan atau pembiakan nyamuk dan serangga pembawa penyakit yang lain.

No comments:

Post a Comment