d' YOUTH APPRENTICE

Saturday 19 May 2012

KAWALAN SERANGGA-LIPAS

NOTA KULIAH SEM 1

KAWALAN SERANGGA / PEST CONTROL

 LIPAS

PENGENALAN

Lipas adalah sejenis serangga dan mahluk perosak yang telah hidup sejak zaman purba.  Terdapat 8 jenis lipas di Malaysia dan boleh didapati di dalam dan luar bangunan.  Jangka hayatnya adalah antara 15 hingga 84 minggu.  Sepanjang hayatnya seekor lipas betina boleh mengeluarkan 30 kelongsong yang setiapnya mengandungi 14 -30 biji telur lipas.


BAHAYA LIPAS

Lipas mempunyai tabiat buruk iaitu mengeluarkan semula makanan yang separuh hadam dan meninggalkan najis sambil makan.  Bulu kakinya pula mengangkut dan menyebarkan kuman, virus, telur cacing, kulat dan kotoran dimerata-rata tempat.  Selain dari itu lipas yang telah berkeliaran di tempat najis boleh mencemarkan makanan apabila merayap ke atas makanan tersebut.


PENYAKIT YANG DIKAITKAN DENGAN LIPAS

1.   Keracunan makanan
2.   Cirit birit
3.   Disenteri
4.   Alahan kulit


TEMPAT PEMBIAKAN LIPAS

*   Ditempat yang kotor seperti saluran kumbahan, tempat pembuangan sampah dan premis makanan yang kotor
*   Di bawah peti ais , di dalam almari dapur, tangki najis dan di mana-mana tempat lembab dan terselindung dari cahaya.


CARA MENGAWAL LIPAS

Pencegahan adalah knci untuk menangani masalah lipas.  Beberapa langkah pencegahan termasuklah:

i.             Elakkan kemasukakn kipas ke premis anda dan dari bangunan berhampiran dengan menutup ruang  dan lubang yang boleh dilalui lipas.
ii.            Kebersihan premis perlu dijaga

iii.           Elakkan sisa makanan bertaburan

iv.          Tutup tong sampah

v.           Cuci peralatan dapur dengan segera selepas digunakan

vi.          Simpan semua bahan makanan di tempat bertutup yang tidak boleh dimasuki lipas

vii.         Adakan pembasmian lipas secara berkala


viii.       Mendapatkan nasihat pihak berkuasa sekiranya keadaan tempat anda tidak dapat dikawal dari ancaman lipas

ix.          Kawalan secara semburan amat berkesan tetapi mesti digunakan dengan betul

No comments:

Post a Comment