d' YOUTH APPRENTICE

Sunday, 20 May 2012

JAGAAN BAYI BARU LAHIR

NOTA KULIAH SEM 1

JAGAAN BAYI BARU LAHIR

TUJUAN

1.            Membantu menyesuaikan bayi di alam baru
2.            Mencegah infeksi
3.            Mengesan dan merujuk kes abnomal dengan awal
4.            Mendapatkan bayi yang sihat  ( mental, rohani dan jasmani )

Jagaan serta merta untuk bayi baru lahir.

1.         Lapangkan saluran pernafasan
v  sedut lendir dan liquor amnii dari mlut bayi dahulu.  kemeudian sedut hidung bayi.
v  swab mata bayi dengan kapas steril

2.         Nilai apgar Score
v  denyutan jantung
v  usaha  pernafsan
v  kegiatan otot
v  warna
v  gerak balas
v  penilaian ini dilakukan pada 1 minit dan jika perlu diulangi pada 5 minit dan 10 minit .

3.         Kepit dan potong talipusat dengan teknik asepsis
v  kepit talipusat denga Hollister clamp
v  potong talipusat
v  periksa tiada perdarahan dari talipusat

4.         Beri kepanasan kepada bayi
v  keringkan bayi dnegna tuala yang kering
v  alihkan tuala yang basah
v  balut bayi denga tuala kering dan suam
v  letak bayi di bawah radiant heater

Jika bersalin dirumah
v  keringkan bayi dengan tuala yang kering
v  alihkan tualan yang basah
v  balut bayi denga tuala kering dan suam
v  elak letak bayi dibawah kipas atau dekat pintu atau tingkap
v  dukung bayi supaya bayi boleh dapat haba dari sesiapa yang mendukungnya.

5.         Pakai tag nama
v  pakai tag nama sembelum membawa bayi ke radian heater
v  gunakan tag nama biru untuk bayi lelaki dan pink untuk perempuan

6.         Pemeiksaan fizikal bayi baru lahir
v  lakukan pemeriksaan fizikal secepat mungkin untuk mengesan keabnormalan dan kecederaan dengan awal.

7.         Pemerhatian bayi baru lahir
v  warna – pink
v  pernafasan –tetap
v  pergerakan –aktif
v  talipusat –tiada perdarahan
v  ada kencing dan buang air besar

8.         Bersihkan bayi dengan top and tail
v  lap rambut dengan gauge dan air suam
v  lap muka dan badan dengan kapas dan air suam
v  lap vernix dengan minyak kelapa atau olive oil

9.         Jagaan talipusat
v  cuci dan keringkan tangan
v  amalkan teknik aesptik
v  cuci talipusat dengan hibitane 0.5% dalam spirit 70% dengan kapas yang steril

10.      Penyusuan ibu
v  beritahu ibu faedah-faedah susu ibu
v  beri galakkan dan tunjukajar teknik penyusuan susu ibu dalam masa ½ jam selepas bersalin

11.      Rekod dan lapor
v  rekod pemerhatian dalam carta
v  lapor sebarang yang luarbiasa.


Pemerhatian harian untuk bayi baru lahir.

Tujuan.
i.              Mengenalpasti sebarang yang luar biasa
ii.            Memberi rawatan secepat mungkin


1.         Pemerhatian
i.          warna
v  perhatikan warna bayi adalah pink.  Jika jaundice dalam masa 24 jam adalah bahaya. Jika ada jaundice selepas 3 hari adalah ajundice physiological.  Perhatikan adakah bayi ada cyanosis atau pucat ini  menunjukkan bayi tidak sihat.

ii.   gaya dan pergerakan
v  bayi normal – tonus otot pejal dan pergerakan aktif
v  bayi tidak sihat – lembik,lemah dan kurang [ergerakan.

iii.           tag nama
v  periksa tag nama tidak tertanggal

2.         Pemeriksaan
i.          kepala
v  bentuk – periksa adakah bengkak, caput succendaneum,cephalohaematoma,chignon (bekas vakum) atau lebam
     ( bekas forcep )
v  saiz bertambah besar menunjukkan ada hyrocephalus
v  fontanelle –jika tenggelam menunjukkan kekurangan air,  jika kembung menunjukkan intracranial pressure bertambah.

ii.            muka
v  tanda lahir atau luka dimuka
v  mata- perhatikan samada lelehan dari mata-lapor, ambil swab mata dan bersihkan mata.  jika terdapat lelehan bernanah  Keadaan ini dipanggil Ophtalmia neonatorum dan ia adalah berjangkit.  oleh itu perlu mencegah jangkitan silang dan perlu lapor kepada pegawai kesihatan sebagai kes berjangkit.
v  hidung –milia ( bintik putih ) biasa
v  mulut –periksa adakah oral thrush, bersih dngan glycerina Borax dan rawat dengan ubat dipreskiprsi doktor
v  telinga – perhtikan samada lelhan dari telinga dan infeksi dibelakang telinga


iii.           leher
v  periksa bengkak

iv. dada dan payudara
v  periksa adakah sesak nafas, septic spot?
v  periksa adakah breast engorgement?

v.   Adakah kembung?

vi.  Talipusat      
v  talipusat sudah tanggal atau belum
v  periksa adakah omphalitis ( infeksi talipusat ).  Infeksi talpusat boleh menyebabkan jaundice dan septicaemia

vii.          genital
v  bayi permepuan - ada sedikit lelehan mucus bercampur sedikit darah dari vagina adalah normal sebab dipengaruhi oleh hormon progesteron ibu
v  Bayi lelaki – scrotum bengkak dan lebam sedikit adalah biasa jika dalam pelahiran breech

viii.        Anggota
v  periksa adakah infeksi atau septic spots diketiak, celah peha, tapak tangan dan kaki, belakang lutut dan diantara jari-jari
v  Nasihat ibu tentang jagaan kebersihan bayi dan keringkan bahagian lipatan kulit dengan s mpurna selepas mandi

ix.        Kulit
v  perhatikan adalah tanda lahir bertambah besar
v  periksa kulit adakah kering, jaundice, septic spots
v  periksa punggung adakah kemerahan, ruam rampin dan kepanasan

x.         suhu badan

xi.        berat badan
v  timbang bayi setiap selang sehari
v  berat bayi menurun pada minggu pertama sebab pembuangan meconium, kehilangan tisu-tisu dan juga  kekurangan penyusuan dan cecair
v  bayi akan memperolehi berat lahir pada 8- 12 hari.  Selepas itu bertambah 160gm setiap minggu pada bulan pertama

xii.       Pembuangan urin
v  periksa bayi adakah  telah kencing.  amaun, kekerapan dan warna

xiii.      Najis
v  perhatikan sifat-sifat dan jenis-jenis najis
v  pertama 3 hari adalah meconium, selepas itu bertukar menjadi ke hijau kekuningan atau warna coklat apabila bayi mulai menyusu.

xiv.      Penyusuan
v  periksa adakah bayi manyusu dengan baik atau tidak? adakah muntah
v  tangisan bayi yang normal- menangis dengan kuat
v  jika suara nyaring mungkin kecederaan otak
v  perhubungan diantara ibu dan bayi
v  perhatikan adakah ibu memberi perhatian dan kasih sayang kepada bayinya
v  perhatikan adalah ibu menjaga kebersihan diri dan bayinya
v  rekod dan lapor
v  rekod suhu badan, urin dan pembuangan najis
v  lapor jika sebarang yang luar biasa


Ciri-ciri bayi cukup bulan

  1. bayi dilahirkan pada 38- 42 minggu gestasi
  2. berat badan lebih dari 2.5kg
  3. panjangnya lebih daripada 45 cm
  4. lilitan kepala 34- 35 cm
  5. tulang tengkorak keras
  6. sutur tidak lebar
  7. mata terbuka
  8. cuping telinga keras
  9. kulit ada lemak subcutaneus dan mempunyai daya elastik serta lipatan kulit banyak dan jelas
  10. kuku keras
  11. tisu payu dara 1 sm
  12. abdomen lembut
  13. tangisan kuat
  14. ada tindakbalas sentuhan dan genggaman
  15. bayi kuat  menghisap susu
  16. bayi aktif
  17. suhu badan nadi dan pernafasan adalah stabil
  18. tidak banyak vernix caseosa dan lanugo.


Tanda-tanda bayi yang sihat

  1. apgar scor 8 dan ke atas
  2. bayi terus menghisap selepas lahir
  3. warna kulitnya pink
  4. bayi kuat menyusu .   Selepas menyusu dia akan tidur jika kenyang.  Bila dia lapar dia akan bangun
  5. bayi kencing setiap 3- 4jam dan kencingnya tidak kuning
  6. bayi membuang najis 3-4 kali sehari.   Pada hari pertama dan kedua najisnya kelihatan lembut dan berwarna hitam kehijauan dan dipanggil meconium selepas tiga hari najisnya lembut berwarna kuning sebab dia sudah mulai menyusu susu
  7. kelakuan bayi
v  bayi itu riang dan cergas
v  ada tindak balas sentuhan dan genggaman
  1. talipusat akan tanggal pada hari ke 7 hingga 10
  2. berat bayi bertamabah 120-280 gm setiap minggu selepas minggu pertama

Meconium
najis pertama bayi ialah mecomnium berwarna hitam kehijauan
ia mengandungi bile pigment,fatty acid dan epithelial cells.  Ia adalah najis normal  untuk bayi baru lahir.
warnanya berasal dari bile pigment.  Pembuangan meconium menunjukkan usus bawah adalah terbuka
najis ini dikeuarkan oleh bayi dalam beberapa jam seleps dilahirkan hingga 3 hari .

No comments:

Post a Comment