d' YOUTH APPRENTICE

Saturday 19 May 2012

SISTEM MUSKULESKELETOL

NOTA KULIAH SEM 1

ANATOMI DAN FISIOLOGI
( SISTEM TULANG )

1.  STRUKTUR YANG MEMBINA SISTEM MUSCULOSKELETAL.

Tubuh manusia terbentuk daripada satu rangkaian tulang.  Pergerakan tulang dikawal oleh sendi dan dilengkapi oleh otot untuk membolehkan pergerakan.  Dengan itu sistem muskuloskletel terdiri daripada:

1.  Tulang
Tulang adalah struktur yang keras dan padat, ia memberi sokongan dan perlindungan kepada tisu lembut dan bertindak bersama dengan otot rangka untuk melakukan pergerakan

 2.  Otot
Otot terdiri daripada sel yang khusus untuk pengecutan.  Apabila otot rangka mengecut, ia menarik bahagian tubuh dimana otot oitu melekat.  Tindakan ini menyebabkan pergerakan.

 3.  Sendi
Sendi atau artikulasi berada diperantaraan tulang. Sendi wujud apabila dua atau lebih tulang bersatu.  Fungsi sendi pada keseluruhannya adalah untuk memberi pergerakan dengan membengkok dan melurus.



 2.  STRUKTUR MAKROSKOPIK TULANG PANJANG

Tulang adalah tisu yang paling keras diantara tisu perantara lain pada tubuh.

Terdiri daripada rawan, tisu pengantara berserat dan tisu saraf.  (25%), bahan mineral seperti kalsium dan fosforus (50%) dan air 25% yang membentuk tulang lebih kuat, tahan lama, tahan lasak, ringan dan mudah lentur.

Tulang terdiri daripada 2 jenis tisu tulang:
1.  Tisu tulang padat-keras dan padat.  Terdapat dalam tulang leper dan tulang panjang dan sebagai lapisan nipis penutup semua tulang.

2.  Tisu kanselus /span- berbentuk jala, struktur seperti span dan terdapat pada hujng tulang panjang, tulang pendek dan sebagai lapisan tengah antara dua lapisan padat pada tulang leper seperti scapula dan sternum.

Apabila tulang panjang dipotong memanjang akan kelihatan:

Diafisis atau shaft – terdiri daripada tisu tulang padat yang mengandungi sum-sum tulang berwarna kuning (banyak sel lemak)

Epifisis terdiri daripada tisu tulang kanselus yang mengandungi sum-sum tulang merah (tempat terbentuk sel darah merah dan putih)

Diselaputi oleh periostium.  Lapisan luar adalah serat dan lapisan dalam osteogenik yang mengandungi osteoblas (sel pembentukan tulang) dan osteoklas ( sel pembetulan tulang)

Rawan Hailin menggantikan periosteum dipermukaan sendi tulang dan membentuk sendi sinovia.

2.1  STRUKTUR MIKROSKOPIK TULANG PADAT

Tulang Padat

Ia merupakan satu struktur yang pejal.  Matrik tulang padat terdiri daripada sistem Harvers.  Di dalam diafisis tlang padat terdapat beribu-ribu sistem Harvers untuk orang dewasa.  Setiap Harvers mengandungi 4 struktur:

1.  Kanal Harvers
Ÿ  Kanal ini meluas ditengah sepanjang setiap sistem Harvers seperti tiub panjang
Ÿ  Ia mengandungi darah, salur limfatik
Ÿ  Cecair tisu mengalir melalui kanalikulus ke lacuna dan sel tulang untuk membekalkan nutrient dan oksigen

2.  Lamela
Ÿ  Di sekeliling kanal terdapat tulang rata berbentuk silinder dipanggil lamella

3.  Lamuna
Ÿ  Diantara lamella terdapat ruang atau lacuna yang mengandungi limpa dan sel tulang (osteosit)


3.  KLASIFIKASI TULANG

Tulang diklasifikasikan mengikut bentuk dan saiznya.   Terdapat 5 jenis tulang:

1.  Tulang Panjang ( Long bone)
Ÿ  Tulang Panjang adalah lebih panjang daripada lebarnya
Ÿ  Bertindak sebagai alat tuas salam tubuh dan membolehkan pergerakan
Ÿ  Contohnya Humerus , ulna , radius, femur , tibia dan fibula.


2.  Tulang pendek  (Short bone)
Ÿ  Mempunyai tulang panjang , lebar dan tebal adalah tetapi bentuknya tidak simetri
Ÿ  Pada keseluruhannya ia dilapisi permukaan sendi untuk membolehkan pergerakan
Ÿ  Oada satu tulang dan tulang yang lain
Ÿ  Contohnya karpus dan tarsus


 3.  Tulang Leper (Flat bone)
Ÿ  Tulang ini tipis dan melengkung .  Bentuknya bergantung dengan keluasan kawasan perlekatan otot
Ÿ  Contohnya tulang tengkorak \., sternum, klllavikel dan scapula


4.  TUlang Berbentuk Tak Simetri (Irregular Bone)
Ÿ  Mempunyai bentuk yagn komplekw, kandungan bahagian berongga dan padat juga berbeza-beza. 
Ÿ  Menyokong saraf tunjang dan melindunginya daripada tekanan
Ÿ  Contohnya vertebra, sacrum, koksik dan tulang muka


5.  Tulang ‘Seamoid’
Ÿ  Tulang kecil yang tertanam diantara tendon dan saraf yang mengikat otot dengan tulang
Ÿ  Contohnya kneecap (patella)


4.  Kanalikulus
Ÿ  Terdapat kanal yang halus diantara setiap lakuna yang mengaitkan lakuna dan kanal Harvers
Ÿ  Kanal halus dipanggil kanalikulus
Ÿ  Bendalir tisu/limfa membawa bekalan nutrient dan oksijen melalui kanal ini ke lacuna dan sel tulang

Diantara sistem Harvers, terdapat ruang dipenuhi tulang rata dan bulat dipanggil lamella interstitial.   Kanal Harvers berhubung dengan kaviti medulari periosteum dan kanal Harvers yang lain melalui kanal volkman.  Kanal Volkmqn mengalir sudut tegak pada kanal Harvers



 2.2  STRUKTUR MIKROSKOPIK TULANG KANSELUS

Struktur berbeza dari tulang padat
Ÿ  Tiada sistem Harvers dan ia mempunyai ruang seperti sarang labah-labah
Ÿ  Ruang ini dipenuhi oleh sum-sum merah dan diasingkan oleh proses tulang nipis iaitu trabekula
Ÿ  Trabekula ii disusun disepanjang garisan yang biasa mendapat tekanan di dalam tulang.  Dengan itu ia menambah kekuatan tulang

4.  FUNGSI TULANG

Sistem tulang melakukan beberapa fungsi asas seperti:

1.  Penyokong
Skeleton bertindak sebagai rangka kerja tubuh di mana ia memberi sokongan ke tisu lembut dan tempat perlekatan otot tubuh.

2.  Gerakan
Skeleton memainkan peranan penting dalam menentukan jenis dan keluasan pergerakan.  Ini keranan kebanyakan otot melekat pada tulang dan bertemu di sendi untuk membolehkan pergerakan.

3.  Perlindungan
Skeleton melindungi organ dalaman dari kecederaan.
Contoh:  Otak terkandung di dalam kaviti cranial tengkorak dan
Organ torasik dilindungi oleh tulang rusuk.

4.  Menyimpan Mineral
Tulang skeleton merupakan tempat penyimpanan Kalsium, fosforus, nutrient, potassium dan mineral lain.

5.  Pembentukan sel darah (Hemopoiesis)
Beberapa tulang skeleton menghasilkan sum-sum merah.



5.  STRUKTUR SENDI

Sendi adalah tempat pertemuan di antara 2 tulang dengan rawan.
Terdapat di bahagian tubuh bertulang.

Struktur dipermukaan antara tulang adalah tisu rawan dan tisu berserat yang berfungsi mengikut kedua-dua tulang untuk membenarkan pergerakan.


1.  Sendi tanpa bergerak.  ‘Immovable Joint’ atau sendi berserat atau sinartrosis.
Sendi ini bukan sahaja tempat pertemuan antara dua tulang tetapi bersambung dengan tulang.

Strukturnya:
Terdiri dari bungkusan tisu berserat yang tersusun rapat sekali.  Apabila tisu berserat tersusun rapat, matriks adalah sedikit oleh itu tisu berserat lebih kuat.  Contoh – sutura tengkorak, diantara gigi dan maksila dan Mandible.


2.  Sendi separa bergerak ‘slightly movable joint’ atau dikenali sendi berawan atau amfiartrosis.
Ini bermakna pergerakan pada 2 belah iaitumembengkok san melurus.  Tetapi gerakan ini terhad.  Contoh sendi di antara vertebra simfisis pubis.

Strukturnya:
Terdiri daripada lapisan nipis rawan berserat putih.
Matriknya pejal dan kukuh
Tisu ini juga dinamakan diska intervertebra dan lebih kuat daripada tisu pengantara yang lain.
Diska vertebra terdapat di perantaraan tulang vertebra untuk menyokong tengkorak
Gerakan berlaku apabila ada tekanan di diska intervertebra.
Apabila diska dimampatkan tulang vertebra membengkok.  Apabila tulang vertebra dilurus, diska itu naik balik
Diska interverbra bertindak sebagai kusyen.  Gegeran pada tulang vertebra dikurangkan apabila sampai ke tengkorak.
Oleh itu, otak di dalam tengkorak tidak digoncang.

3.  Sendi Leluasa ’freely  movable joints’ atau sendi sinovia atau diartrosis.
Dinamakan sendi sinovia sebab terdapat selaput sinovia di sendi leluasa yang menghasilkan bendalir yang pekat bernama bendalir sinovia yang berfungsi melicinkan gerak geri tulang dan membenarkan gerakan yang bebas atau diatrosis.

Strukturnya:

1.  Ksul berserat / ligaman kapsular mengelilingi sendi dan bersambung dengan periosterium yang menyebabkan ia lebih kukuh dan menentukan ke dua-dua tulang ada di dalam kedudukanyang bertentangan.  Tisu  itu mengikat ke dua-dua tulang.

2.  Rawan hialin – meliputi hujung tulang pada sendi, ia licin dan jelas seperti gelas untuk mengurangkan geseran di antara kedua permukaan tulang.

3.  Membran sinovia – membran ini melapis permukaan dalam kapsul berserat dan menghasilkan bendalir pekat bernama sinovia yang melicin gerak geri tulang.  Ia juga memberi laluan nutrient ke struktur di dalam kaviti sendi.

4.  Struktur lain - ligamen
Kebanyakan sendi leluasa mempunyai ligamen bersama dengan kapsul berserat untuk menambahkan kestabilan.

5.1  Jenis-jenis dan fungsi sendi Sinovia

Sendi sinovia diklasifikasikan mengikut bentuk, permukaan artikulasi dan jenis pergerakan.

Sendi Uniaksial

1.  Sendi engsel (Hinge Joint)
Ia membenarkan gerakan disekeliling satu aksi dan di dalam satu plana (mengikut satu permukaan)
Membenarkan gerakan ke belakang dan hadapan
Contoh: sendi siku dan lutut.



2.  Sendi pangsi (Pivot Joint)
Ia membenarkan putaran sahaja
Contoh: radius dan ulna di siku di mana radius memutar tetapi ulna tidak bergerak.
Tulang atlas dan aksisi di tulang vertebra servikel – tulang atlas bergerak di atas cuaran adentoid.
Dengan itu sendi pangsi adalah di mana satu pelunjuran tulang sendi dengan lekuk tulang lain.


Sendi Biaksial

1.  Sendi bongol (Codyloid)
Sendi di mana kondil itu memasuki ke dalam soket kondil
Contoh kondil tulang tulang oksiput memasuki ke dalam depressi atlas.  Hujung radius masuk ke dalam depressi tulang karpus
Pergerakan fleksi, sektensi adduksi adan abduksi
Contoh ibu jari dan pergelangan tangan



2.  Sendi Pelana (Saddle)
 Membenarkan pergerakan dalam 2 aksi yang tegak lurus dan dalam 2 pelana yang tegak lurus.  Satu hujung tulang yang berbentuk convex dan satu lagi concave.  Hanya terdapat 2 sendi pelana di dalam tubuh manusia iaitu dua ibu jari.  Oleh itu ibu jari boleh bergerak ke ats dan menyentuh hujung jari, memegang pen.


Sendi Multiaksial

1.  Sendi Lesung (Ball and Socket)
Membenarkan gerakan di sekeliling 3 atau lebih aksis dan di dalam 3 atau lebih pelana.  Satu hujung kepala tulang masuk ke dalam depresi berbentuk ‘concave’ dan membenarkan gerakan di dalam banyak arah.
Contohnya: sendi bahu dan sendi pinggul
Gerakan: fleksi, extensi, adduksi, putaran dan sirkumduksi     



2.  Sendi Gelongsor (gliding)
Membenarkan gerakan melongsor yang terhad oleh permukaan artikular yang rata.  Sendi ini adalah jenis sendi diartrosisi yang kurang bergerak.
Contoh : sendi diantara badan tulang vertebra,  


Sendi Ektremiti atas

Sendi bahu adalah sendi lesung ‘ball adan socket’ dan sendi yang bergerak bebas sekali di dalam tubuh.

Gerakan:
Fleksi (melipat) membawa lengan ke hadapan dada
Ektensi  (melurus)
Aduksi (merapat) menurun lengan ke sisi badan
Abduksi (merenggang) mengangkat lengan ke hala luar dari badan
Putaran lengan keluar
Sirkumduksi

 6.  STRUKTUR OTOT

Otot adalah satu tisu utama di dalam badan dan fungsi khasnya adalah untuk penguncupan atau kontraksi.  Otot disambung pada tulang, tulang rawan, ligaman dan kulit.  Otot yang terletak di bawah kulit adalah datar dan pada anggota gerak adalah panjang.

Otot rangka disambung pada 2 tempat tertentu:
  1. Tempat terkuat adalah punca – Punca adalah tempat otot muncul
  2. Lebih mudah bergerak adalah insersi – Insersi adalah ke ara mana otot melaluinya

Otot rangka bertindak secara kelompok untuk melaksanakan gerakan dari pelbagai bahagian rangka.

Setiap kelompok berlawanan dinamakan otot antoagonis
Beberapa kelompok bertindak untuk menstabilkan bahagian anggota sewaktu bahagian lain bergerak- disebut otot penetapan

Bahagian lain menguatkan sendi dan yang lain bergerak.  Contoh fleksor otot pergelangan tangan menguat semasa jari diluruskan- disebut pensinergi.

Tendon
Ia mengikat otot pada tulang berwarna putih, berkilat dan tidak elastik
Struktur yang terbina daripada tisu pengantara berfiber dan diliputi oleh selaput sinovial. 
Bentuk tendon panjang seperti tali atau leper yang dikenal sebagai aponeurosis berfungsi untuk memuat kelompok-kelompok otot dan menghubungkan otot dengan bahagian yang menggerakkannya.


Ligamen
Struktur yang terbina daripada jalur tisu tebal berfiber putih yang mengikat tulang satu sama lain.

Otot
Setiap otot menghuraikanciri-cirinya.
1.  Mengikut tugasnya
fleksor – membengkok, ektensor – melunjur, abduktor – mengangkat
aduktur – menurun

2.  Mengikut tempat lekatan
Sternomastoid – tulang dada ke bahagian mastoid di tulang temporalis
Oksipitofrontalis – dari tulang oksiput ke tulang frontalis

3.  Mengikut bentuknya – deltoid (segitiga) dan kuadriseps (segiempat)

4.  Mengikut hala serat – rektus abdominis (otot abdomen melurus)
                                  - abdominal oblik – otot serong abdomen

6.1         OTOT PADA TUBUH BADAN

BAHAGIAN KEPALA DAN LEHER
1.  Sternomastoid
Menarik kepala ke sisi dan mengangguk kepala.

2.  Trapezius
Otot segitiga yang besar di belakang leher, bahu dan bahagian atas di belakang dada.
Membantu dalam gerakan sendi bahu – menaik dan menurun bahu.

3.  Plastima
Menarik rahang bawah, iaitu membuka mulut dan membantu pada masa mengunyah.

BAHAGIAN LENGAN
1.  Deltoid – di atas bahu, mengangkat lengan ke arah luar dari sisi badan.
2.  Bisep – di hadapan lengan atas, membengkok sendi siku brakialis
3.  Trisep – di belakang lengan atas, menjulur sendi siku.

BAHAGIAN BADAN
1.  Pektoralis Major – otot besar di hadapan dada, membengkok lengan atas ke hadapan dada.
2.  Pektoralis Minor – di bawah otot pektoralis major, menarik bahu ke bawah
3.  Latisimus Dorsi – dari belakang dada ke bahagian atas tulang pangkal lengan menurun lengan ke sisi badan selepas lengan telah di angkat, memutar lengan atas ke dalam.

BAHAGIAN DEPAN ABDOMEN
Semua otot ini membantu dalam proses pernafasan
Fungsi utama otot abdomen hadapan adalahmembentuk dinding otot yang kuat bagi bahagian depan ruang abdomendan apabila kontraksi kuat ia menekan organ abdomen

1.  Rektus Abdominal (otot lurus)
Tendon dari punca permulaannyaberasal dari cuaran xifoid di tulang dada dan tendon lekatannya terdekat di pinggir atas di sendi ari-ari
Otot ini dilituoi oleh sarung berfiber yang tebal yang dikenali sebagai sarung rektus.  Otot rektus abdominis menjalar selari dengan pasangannya di sebalah kanan dan terpisah dari pasangannya oelh satu tisu berfiber yang dikenali sebagai linea alba yang terletak dipertengahan.

2.  Otot Eksterna Oblikus ( Otot serong luar)
Fiber dari otot in bermula dari tulang rusuk ke 8 dan menjalar ke arah bawah dan hadapan dan tamat sebagai bentuk kipas dan terlekat di tempat berikut:
Kepada sarung berfiber otot rektus abdominis kepada puncak tulang ari-ari dan kepada bahagian pertengahan depan di puncak tulang ilium.

3.  Otot Interna Oblikus (Otot serong dalam)
Kebanyakan fiber otot ini bermula dari puncak ilium dan tamat sebagai punca lekatan disarung berfiber otot rektus dan tulang rusuk yang bawah.

4.  Tranvers Abdomen ( otot melintang)
Otot ini terdapat dilapisan bawah sekali antara otot yang membina dinding depan abdomen otot yang dalam sekai
Fibernya bermula dari rawan rusuk di bawah, vertebra lumbar, puncak ilium dan ligamen inguina, melintang kearah pasangan dan menemui pasangannya dipertengahan abdomen

KANAL INGUINAL
Kanal ini berukuran 1 ½ inci yang melalui secara oblik melalui dinding abdiminal.  Di dalam lelaki ia mengandungi korda sperma dan di dalam wanita ia mengandung ligamen bulat.

BAHAGIAN BAWAH ANGGOTA BAWAH
Bahagian punggung
Gluteus maksimus
Membentuk bahagian punggung yang berisi dan melunjurkan sendi peha setelah sendi ini dibengkokkan .  Ia juga memutar peha ke sisi luar.

Gluteus Medius
Terletak di bawah gluteus maximus – mengangkat peha ke hala luar
Gluteus Minimus
Mengankat peha (abduksi) ke hala luar serta memutar peha ke sisi dalam (medial).  Ia adalah otot yang dalam sekali.
Otot-otot ini mencembungkan bahagian punggung dan fibernya bermula dipermukaan luar tulangilium dan terletak di trokenter besar tulang peha.

BAHAGIAN PEHA
Otot di hadapan peha
Otot kuadrisep ekstensor ( otot empat akar) yang terdiri daripada 4 otot:
Rektus femoris, vaktus medialis, vaktus lateralis, vaktus intermedialis
Otot ini melunjurkan lutut setelah lutut  dibengkokkan
Otot sartorius – menyerong dari sisi luar dari atas peha keluar

Otot di balekang peha
Otot Hamstring terdiri daripada 3 otot:
Bisep femoris – otot ini membengkok sendi lutut serta menlunjur sendi peha di sisi dalam
Otot aduktor terdiri daripada 3 otot aduktor longus, brevis dan magmus- mengangkat peha ke hala dalam.

BAHAGIAN BATANG KAKI
Dihadapan batang kaki
Dua otot yang utama di bahagian in ialah:
Otot tibialis antika – membengkokkan sendi pergelangan kaki ke atas
Otot ekstensor digitorium longus – membengkokkan jari kaki ke atas

Di belakang batang kaki
Otot gastronemouis dan otot sokus tendon
Lekatan dari otot ini bersatu di bawah lalu membentuk tendon keting.  Tendon achillies pula terlekat di tumit – otot ini membengkokkan sendi lutut
Otot Tibialis posterior membengkokkan tapak kaki ke bawah di sisi luar betis
Otot peroneus otot kaki terdiri daripada tiga otot yang menanti tapak kaki ke hala sisi luar.


OTOT PERNAFASAN
 Interkosta eksterna 11 pasang
Interkosta interna 11 pasang
Diafragma  1
Dibahagikan kepada interkostal dalam dan luar, 11 pasang otot ini memenuhi ruang diantara 12 pasang tulang rusuk
Otot interkostal tersusun dalam 2 lapisan, lapisan otot luar ialah otot interkostal luar dan lapisan otot dalam ialah otot interkostal dalam dan otot fibernya berselang seli
Fiber interkostal luar meluas ke arah bawah dan ke hadapan dari sempadan inferior satu tulang rusuk bawah.  Tindakannya adalah menaikkan tulang rusuk ke atas dan keluar dan ini menambahkan saiz sangkar toraaasik secara lateral dan anterior bawah.

Ini mengakibatkan insirasi.  Fiber interkostal dalam terletak di bawah otot interkostal luar
Fibernya muncul dan sempadan bawah tulang rusuk dan menghala secara oblik ke arah bawah dan ke belakang ke sempadan atas tulang rusuk bawah.
Fiber otot diafragma masuk ke dalam satu tendon tengah umum iaitu aponeurosis.  Bila diafragma menguncup, kubahnya ditarik ke bawah dan meleperkan otot dan menambahkan kaviti torasik
Di diafragma terdapat beberapa pembukaan yang membenarkan kemasukan struktur diantara toraks dan abdomen.  Pembukaan yang besar adalah untuk aorta, vena kava dan esofagus.
























No comments:

Post a Comment