d' YOUTH APPRENTICE

Saturday 19 May 2012

PERUBAHAN FISIOLOGIKAL SEMASA KEHAMILAN

NOTA KULIAH SEM 1

PERUBAHAN FISIOLOGIKAL SEMASA MENGANDUNG

1.  Perubahan sistem pembiakan


i.   Uterus
Ø  saiz
-          dari saiz 7.5 sm x 5 sm x 2.5 sm
-          berubah menjadi 30 sm x 25 sm x 20 sm (bila cukup bulan)

Ø  berat
- bertambah 15 kali
-          dari 60gm menjadi lebih kurang 900 gm

Ø  bentuk
- berbentuk ‘pear’ bila tidak mengandung
- globe masa 12 minggu kehamilan kerana ismus memanjang
- bujur atau ovul kemudian


Ø  kedudukan
- semasa tidak mengandung berada di paras pelvis benar dalam anteversi dan antefleksi
- pada 12 minggu kehamilan
-          keluar dari ruang pelvis
-          menjadi organ abdomen
-          hilang anteversi dan antefleksinya
-          menjadi organ tegak
-          pembentukan segmen bawah berlaku (antara os internal dan segmen atas)

Ø  struktur
v  endometrium
-          dinamakan desidua (‘decidua’) semasa mengandung sebab kesan progesterone dan estrogen
-          menjadi hipertropi dan vascular
-          kelenjar-kelenjar menjadi bengkang bengkok
-          bersedia untuk penanaman ovum yang tersenyawa.


v  Myometrium
-          estrogen bertanggungjawab atas pertumbuhan lapisan ini
-          pada awal 20 minggu kehamilan
§  hipertrofi: bertambah saiz fiber otot, panjang x 10, tebal x 3
§  hyperplasia: bertambah bilangan fiber otot
-          selepas 20 minggu kehamilan
§  fiber merenggang
§  ketiga-tiga lapisan otot mengalami pertumbuhan
§  otot longitudinal (di luar)
-          dari dinding anterior ke sebelah posterior
-          kontraksi  dan retraksi otot mengeluarkan fetus

§  otot serong (di tengah)
-          secara bersilang-silang
-          dilkelilingi salur-salur darah uterine
-          retraksi fiber otot menghentikan perdarahan
-          dinamakan ‘living ligature’

§  otot secular (dalam)
-          lebih lemah
-          banyak di pembukaan tiub falopio dan segmen bawah uterus
-          bertanggungjawab untuk regangan segmen bawah semasa pelahiran

v  perimetrium
-tidak ada perubahan
-kecuali kedudukannya ditolak ke atas bersama-sama dengan pembesaran uterus.


Ø  Bekalan darah
-bertambah dan salur-salur darah baru terbentuk
-untuk membekalkan darah dan zat –zat yang cukup kepada janin  dan uterus yang membesar
-mula-mula salur-salur darah bertambah menjadi bengkang bengkok
-bila uterus membesar dan naik ke abdomen salur-salur darah diluruskan.


PEMBESARAN UTERUS

Mengikut pembesaran janin dan peringkat-perigkat kehamilan

Tempuh gestasi                     paras
12 minggu                                simpisis pubis
16 minggu                                pertengahan simpisis pubis dan pusat
22 minggu                                pusat
30 minggu                                pertengahan pusat dari xifisternum
36 minggu                                xifisternum

ii.  Serviks
-kekal saiz dan tidak membesar
-panjang 2.5 cm

Ø  Hormon progesterone
-          mempengaruhi sel endiserviks
-          mengeluarkan mucus yang pekat yang menyumbat kanal serviks dinamakan operculum untuk mencegah infeksi dari menaik ke uterus

Ø  Hormon Estrogen
-          menambah ke vaskularan serviks vascularity
-          menyebabkan perubahan warna serviks menjadi warna ungu (purple)
-          juga menyebabkan serviks menjadi lembut dinamakan tanda Hegar (Hegar Sign)


iii.   Vagina
Ø  estrogen menyebabkan:-
§  hipertrofi lapisan otot dan kekenyalan vagina bertambah
§  kevaskularan bertambah
§  pada 8 minggu kehamilan dinding vagina berwarna kebiru-biruan tanda Jacquemier (Jacquemier sign)
§  sekresi bertambah ( lukorea ) disebabkan glikogen di sel-sel epitelium skuamus bertambah untuk mencegah infeksi


iv.  Ovari
- pada awal kehamilan (12 minggu ) membesar sedikit disebabkan pembesaran korpus luteum
- selepas 12 minggu kehamilan korpus luteum merosot menjadi korpus albikan
- bersama-sama dengan uterus yang menaik ovari diangkat keluar dari ruang pelvis ke paras bawah garisan kostal


v.  Tiub Fallopio
- kevaskularan bertambah menjadi hipertrofi (saiz)
- diangkat keluar dari pelvis oleh uterus.


vi.   Vulva
-          pigmen bertambah di labia minora
-          kevaskularan bertambah
-          vena varikos mungkin timbul
vi.  Payu dara
-          perubahan di payu dara adalah dipengaruhi oleh hormon estrogen yang membantu perkembangan duktus-duktus
-          progesteron menggalakkan pertumbuhan tisu-tisu glandular menyebabkan :-
·         pertambahan tisu baru
·         penambahan simpanan lemak

Tanda dan simtom kehamilan berlaku di payu dara:-
  • 3 hingga 4 minggu kehamilan
-          perasaan menusuk dan kebas (prickling and tingling sensation) terutama di bahagian puting sebab bekalan darah bertambah


  • 6 minggu kehamilan
-          sakit dan tegang sebab perkembangan duktus dan kelenjar
-          menyebabkan buah dada membesar

  • 8 minggu kehamilan
-          vena-vena kelihatan di permukaan kulit payu dara

  • 8 hingga 12 minggu
-          tuberkel Montgomery lebih nyata
-          menghasilkan sebum supaya putting lembut
-          kawasan pigmen di areolar bertambah – areolar primer

  • 16 minggu kehamilan
-          kolustrum dihasilkan
-          kawasan areolar bertambah lagi dengan rupa berbintik-bintik
    ( areolar sekunder )
-          penghujung kehamilan puting menjadi lebih nyata.


PERUBAHAN FISIOLOGIKAL SISTEM-SISTEM LAIN SEMASA MENGANDUNG

1.  SISTEM KARDIOVASKULAR
i.  Jantung
  • saiz berrtambah sedikit sebab muatan bertambah

  • kedudukan :-
-          ditolak naik oleh uterus
-          lebih condong ke kiri
-          diputar ke anterior
ii. keluaran jantung “cardiac output’
-          bertambah dari 5 liter/ minit ke 7 liter/minit pada hujung kehamilan
-          akibatnya kadar denyutan jantung naik dan isipadu darah juga naik

ii. jumlah isipadu darah
- sel-sel darah merah bertambah
- bertambah 18 % pada penghujung kehamilan
- amuan HB juga bertambah supaya bekalan oksigen ke tisu-tisu maternal dan plasenta bertambah
-          isipadu plasma bertambah lebih kurang 50% pada minggu ke 32 sehingga minggu 34 kehamilan menyebabkan bekalan darah yang lebih ke plasenta
-          mengimbangi kesan muatan vena dan arteri yang bertambah

iv.  Anemia Fisiologikal
-          disebabkan ketidak stabilan tambahan (sel darah merah dan plasma) kepekatan haemoglobin menurun.

v.  Faktor pembekuan
-          fibrinogen, factor 7,10 dan platelet bertambah menyebabkan koagulasi berubah
-          daya pembekuan bertambah menyebabkan risiko trombosis  dan embolism bertambah.

vi.  Tekanan darah
-          isipadu arah bertambah
-          progesterone menyebabkan dinding arteri mengendur untuk mengimbangkan kesannya
-          maka pada trimester pertama  tekanan darah sama atau turun sedikit
-          pada trimester ke dua tekanan darah rendah sekali mungkin menyebabkan pitam atau pengsan
-          penghujung kehamilan uterus menekan vena kava bila dalam baringan terlentang dan menghalang darah kembali menyebabkan keluaran jantung kurang
-          tkena darah menurun dan ibu pengsan /renjatan
-          tindakan pemulihan- baringkan ibu  dalam baringan lateral.


2.   SISTEM PERNAFASAN

Pada penghujung kehamilan
  • uterus menekan diafragma menyebabkan kesesakan nafas
  • tulang rusuk berkembang untuk membolehkan muatan yang sama
  • baki udara di alveolar dikurangkanmenyebabkan isipadu tidal  (Tidal volume-amaun darah yang masuk ke paru-paru) naik lebih kurang 40%


3.  SISTEM GASTROUSUS

I.  Loya dan muntah
  • pada awal kehamilan mungkin disebabkan oleh paras hormon
- estrogen
      - Human chorionic gonadotrophin
     - progesterone mengendurkan otot-otot licin

II.  Pedih ulu hati heart burn
  • refluks gaster  gastric reflexs disebabkan relaksasi sfinter jantung

III.  Sembelit
-          biasa berlaku disebabkan motility usus dikurang

IV.  Metabolisma
  • kadar metabolisma bertambah terutama selepas 20 minggu kehamilan demi membekalkan kalori yang cukup
  • ibu akan merasa panas


4.   Sistem kencing / Urinary system
  • hormon pengenduran otot –otot ginjal, ureter ,pundi kencing
  • ureter menjadi kusut ‘kinking’
  • kekenduran otot menggalakkan statis kencing dan risiko infeksi di trak kencing bertambah.
  • Pengaliran darah ke ginjal bertambah dan kadar penurasan glomerulus juga bertambah
  • Kerap kali kencing lazim berlaku
  • Pada awal kehamilan (6 -12 minggu ) sebab tekanan uterus yang membesar
  • Penghujung kehamilan sebab tekanan bahagian presentasi fetus (36 minggu kehamilan)


5.   Kulit
  • Kawasan berpigmen di kulit bertambah sebab hormon perangsang melanin yang giat di muka
  • Kloasma ‘chloasma’ mungkin timbul
  • Kulit berpigmen di muka yang merupai topeng
  • Senang berpeluh diesababkan bekalan darah bertambah


6.   Payu dara
  • Puting dan areolar lebih berpigmen


7.  Abdomen
  • Terdapat 1 garisan berpigmen di kulit abdomen dikenali sebagai linea nigra bermula dari pubis ke pusat atau lebih tinggi
  • Straie gravidarum terjadi akibat regangan kulit berlaku di abdomen, payu dara dan paha.  Mula-mula merah, putih perak kemudian


8.  SISTEM SKELETAL

  • Progesterone menggalakkan
-          relaksasi otot-otot dan ligament
-          ligament di sendi-sendi pelvic menjadi lembut contohnya sendi sakro iliak,sendi sakro oksigeal dan simfisis pubis
-          membolehkan fetus menurun dan keluar
-          lordosis berlaku untuk mengimbangkan badan dengan berat uterus yang makin bertambah.


9.   SISTEM ENDOKRIN
        
i.   Pituitari
  • pembesaran kelanjar pituitary disebabkan hormone-hormon bertambah:-
- hormon adrenkortiropik ‘adreno corticotrophic hormone’
- hormone perangsang melanosit ‘melonocyte stimulating hormone’
- Thyrotropic hormone
- hormone prolaktin bertambah tetapi kesannya dihalang oleh estrogen
  • hormone-hormon di atas dihasilkan oleh kelenjar pituitary anterior
  • kelenjar pituitari posterior menghasilkan oksitosin yang lebih


ii.  Kelenjar tiroid

  • mengalami tambahan bila hamil
  • menghasilkan estrogen dan progesterone

iii.  Kelenjar adrenal – sama seperti kelenjar tiroid


iv.   Plasenta
  • Kelenjar endokrin tambahan bila hamil
  • Menghasilkan estrogen dan progesterone  dan Human placenta lactogen (HPL)


v.   Psikologi
  • Kehamilan menyebabkan perubahan psikologi
  • Menyebabkan ketidak stabilan emosi
  • Kemurungan mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa factor seperti:-
-          kebimbangan dalam perubahan dalam cara hidup,
-          kewangan
-          tanggungjawab
-          perubahan badan
-          pelahiran

Cara penyelesaian:-
  • tindakan suami lebih bertimbang rasa, sokongan emosi
  • berbincang bersama boleh mengatasi kebimbangan awal.


vi.   Berat badan
  • bertambah sebanyak lebih kurang 12 kg sepanjang masa kehamilan
  • pada peringkat awal 20 minggu kehamilan bertambah lebih kurang 2.5 kg iaitu lebih kurang 0.5 kg setiap bulan
  • selepas 20 minggu sehingga cukup bulan bertambah lebih kurang 9.5 kg iaitu lebih kurang 0.5 kg setiap minggu

Tambahan berat badan

  • buah dada                      - 0.5 kg
  • lemak                            - 3.5 kg
  • plasenta                         - 0.6 kg
  • fetus                              - 3.4 kg
  • cecair amnion                  - 0.6 kg
  • uterus                            - 0.9 kg
  • isipadu darah                            - 1.5 kg
  • cecair ekstra sel               - 1.0 kg
    Jumlah                                     - 12 kg

No comments:

Post a Comment