d' YOUTH APPRENTICE

Sunday 20 May 2012

PEMERIKSAAN FIZIKAL BAYI BARU LAHIR

NOTA KULIAH SEM 1

PEMERIKSAAN FIZIKAL BAYI BARU LAHIR

Objektif am:

Untuk pelajar:

1.     Memperolehi pengetahuan pemeriksan fizikal bayi baru lahir
2.     Mengembangkan kemahiran dalam melakukan pemeriksaan fizikal bayi baru lahir
3.     Menyedari kepentingan melakukan pemeriksaan fizikal bayi baru lahir dengan teliti untuk mengesan keabnormalan atau kecacatan congenital.

Objektif spesifik

Diakhir sesi pembelajaran dan praktikal, pelajar boleh:

1.     Nyatakan tujuan pemeriksaan fizikal bayi baru lahir
2.     Nyatakan keperluan pemeriksaan fizikal bayi  baru lahir
3.     Nyatakan peringatan sebelum melakukan pemeriksaan fizikal bayi baru lahir
4.     Melakukan pemeriksaan fizikal bayi baru lahir.

PEMERIKSAAN FIZIKAL BAYI BARU LAHIR

Tujuan

1.     Mengesan tiada keadaan luar biasa atau kecacatan kongenital
2.     Mengesan tiada kecederaan seperti sefalohaematoma dan patah tulang



Keperluan
1.     Alat timbang
2.     Pita ukur
3.     Termometer rektal
4.     Swab berspirit
5.     Kidney dish untuk swab kotor.

Peringatan sebelum pemeriksaan bayi baru lahir

1.   Perhatikan keadaan bayi
- JIka keadaan bayi tidak memuaskan, tangguhkan pemeriksaan sebentar.
2.   Tanggalkan jam tangan
3.   Cuci dan keringkan tangan
4.   Pastikan tangan adalah suam sebab tangan yang sejuk akan merangsang bayi menangis dan menyukarkan pemeriksaan bayi.  Cuci tangan dengan air suam jika perlu
5.   Cakap dengan bayi
6.  Jangan dedahkan bayi terlalu lama
- pastikan keperluan telah disediakan
- dedahkan bayi semasa pemeriksaan dan bukan terlalau awal
- dedahkan bahagian yang akan diperiksa sahaja
7.  Pastikan keselamatan bayi
8.  Menjalankan pemeriksaan bayi dibawah lampu terang
9.  Lakukan pemeriksaan bayi secara teratur dan teliti dari kepala hingga kaki.


PEMERIKSAAN FIZIKAL BAYI BARU LAHIR
1.  Pemerhatian keadaan am
v  warna – merah jambu, tiada sianos
v  pergerakan – aktif
v  tangisan – kuat
2.  Pemeriksaan kepala
v  kulit kepala – tiada luka / lebam
v  saiz – tiada caput succendaneum / sefalohematoma
v  fontanel anterior – berbentuk intan
v  sutur - tidak lebar dan tidak bertindih
v  fontenal posterior – berbentuk tiga segi

3.  Pemeriksaan muka
v  tiada tanda-tanda mongolism

4.   Pemeriksaan mata
v  ada 2 biji mata, jernih dan tidak buta
v  tiada katarak, tiada perdarahan di konjuktiva

5.   Periksa telinga
v  tiada ketumbuhan, tiada pina yang berlebihan

6.   Periksa hidung
v  ada 2 lubang hidung dan lapang

7.   Periksa mulut
v  bibir tidak sumbing/rekah
v  gusi tiada perdarahan, tiada gigi pramatang
v  lelangit tidak merekah

8.   Periksa leher
v  tiada kebengkakan di kelenjar tirod/ketumbuhan

9.   Periksa tangan
v  sama panjang, tiada kelumpuhan/patah
v  ada 5 jari pada setiap tangan, jari tidak berlebihan / melekat

10.   Periksa dada
v  tiada pigeon chest, pernafasan regular
v  tiada resisi sternum

11.   Periksa abdomen
v  lembut , tiada eksompfalus

12.   Periksa talipusat
v  ada 2 arteri dan 1 vena
v  tiada pendarahan, tiada jelly cord
v  tiada hernia umbilikal

13.   Periksa nadi femoral kiri dan kanandi celah paha

14.   Periksa genitalia eksternal
v  jantina lelaki / perempuan
v  Jika lelaki – testes sudah turun atau belum turun ke skrotum               
      ( undescended testes )
v  Jika perempuan – tiada discaj/ haid
v  labia majora menutupi labia minora

15.  Periksa kaki
v  sama panjang , tiada kelumpuhan/patah
v  ada 5 jari pada setiap kaki, jari tidak berlebihan / melekat
v  tiada talipes

16.   Lakukan ujian Barlow’s untuk mengesan tiada seliuh sendi pinggul

17.   Pusing bayi ke sebelah dan periksa tulang belakang untuk mengesan tiada    
        spina bifida

18.   Uji dubur adalah lapang dengan thermometer rektal

19.   Timbang berat badan bayi

20.  Ukur lilitan kepala bayi

21.  Ukur panjang bayi

22.  Rekod maklumat ke dalam borang pemeriksaan kesihatan neonatal

23.   Laporkan jika ada sebarang yang luar biasa.



3 comments:

  1. maklumat yang sangat lengkap, mudah dan padat.thank you

    ReplyDelete
  2. info yang sangat bermanfaat untuk student nurses

    ReplyDelete
  3. No deposit bonus casinos 2020 - DRMCD
    Best no deposit casino bonus offers 강원도 출장마사지 2020! Check out 안산 출장마사지 our latest no deposit bonus offers and offers for all new players. No Deposit Bonus Promotions.‎No Deposit Bonuses · ‎Why play at the best no deposit 김천 출장샵 casino online · ‎What is the best 목포 출장안마 no deposit bonus? 진주 출장마사지

    ReplyDelete