d' YOUTH APPRENTICE

Wednesday 18 July 2012

FARMAKOLOGI


FARMAKOLOGI ASAS

Objektif Pembelajaran:
  1. Nyatakan istilah dalam bidang farmakologi
  2. Nyatakan jenis persediaan farmaseutikal
  3. Nyatakan kumpulan ubat
  4. Singkatan yang biasa digunakan dalam arahan pemberian ubat-ubatan
5.    Kiraan dosej ubat


ISTILAH-ISTILAH

Farmakologi
         Satu kajian berkaitan dengan dadah (ubatan).  Ini termasuk :
         punca dadah, struktur kimia, persediaan, cara menggunakan, tindakan dan pembuangan dadah tersebut.

Ubat /drug
         Merupakan persediaan-persediaan yang digunakan untuk merawat  mencegah ataupun meringankan gejala penyakit.
         Persediaan-persediaan ini boleh mengandungi racun ataupun tidak.

RACUN
         Bahan yang mana apabila dimakan , disedut  disapu, disuntik , diserap dan terbentuk di dalam badan dalam jumlah yang sedikit boleh menyebabkan kerosakan kepada tisu-tisu badan oleh tindakan kimianya.
         Racun adalah bahan-bahan kimia yang disenaraikan dibawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.

DADAH                   
         Dadah ialah semua bahan-bahan kimia yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama Bahagian 1 hingga Bahagian IV, Akta Dadah Merbahaya 1952 (semakan 1980)

PSIKOTROPIK
         Ubat-ubatan yang memberi kesan tekanan atas pemikiran seseorang.

THERAPEUTIK
         Penggunaan dadah dalam rawatan atau mengubati pelbagai penyakit dengan tindakan dadah itu

DISPENSING
         Persediaan dadah secara saintifik supaya dadah itu sesuai dan selamat untuk digunakan.

SIDE EFFECTS
         Ini didapati bagi sesetengah dadah, biasanya seseorang yang mengambil dadah itu akan mengalami kesan sampingan seperti pening kepala, loya muntah selepas makan dadah itu.
         Seseorang itu juga boleh mendapat kesan sampingan yang serius dan membawa maut.

TOLERANCE
         Tahap keupayaan penerimaan dadah bagi seseorang untuk memberi kesan yang sama , dimana sebelum ini hanya memerlukan dosej yang sedikit /rendah.
         Ini berlaku kepada individu yang terlalu kerap mengambil dadah.

ADDICTION
         Ketagihan
         Individu yang hidupnya bergantung kepada dadah dari segi fizikal dan mental.

ALLERGY/ALAHAN
         Individu yang terlalu sensitif kepada sesuatu jenis dadah
         Misalnya setelah menggunakan dadah itu dia mendapat ruam, urticaria dan gatal-gatal.

IDIOSYNCRASY
         Reaksi tidak normal yang terdapat pada seseorang setelah memakan dadah yang mempunyai dosaj yang biasa.  Misalnya pesakit mengambil dadah Tranqulizer sebagai sedatif tetapi menyebabkan excitement.

PHARMACOPOEIA
·         Buku yang mengandungi senarai dadah yang digunakan di bidang perubatan dengan butir-butir berkenaan formula, persediaan dan dosej.


JENIS-JENIS PERSEDIAAN FARMASEUTIKAL

Ini adalah punca dan kandungan (constituent) dadah atau ubatan:
1.    Tablet
         ubat tepung yang telah dimampatkan
diberi melalui mulut (orally



2.    Kapsul ( capsule )

Ubat serbuk yang diisi ke dalam sarung yang biasanya diperbuat dari gelatin.
ditelan dengan air.


3.    Pill
ubat tepung yang dibulatkan

4.    Sirap
ubat cecair yang dicampurkan dengan gula

     5.    Elixir
Persediaan yang mengandungi alcohol atau gliserin yang digunakan sebagai sarana untuk ubat pahit atau yang menyebabkan rasa loya.

6.    Linctus
Ubat cecair yang mengandungi bahan-bahan yang manis untuk melegakan batuk diminum perlahan-lahan tanpa air atau selepas minum air.

7.    Campuran ( mixture )
ubat cecair yang mengandungi beberapa jenis ubat atau dadah yang telah dicairkan / dilarutkan dalam air.

8.   Lozenges
sejenis ubat yang berasaskan gula dengan bahan antiseptic
kulum ( suck ) perlahan-lahan.

      9 .Emulsi
sejenis persediaan suspensi yang bercampur air dan minyak
ada sejenis emulsi yang disapu di luar badan.
ada jenis emulsi yang boleh dimakan seperti ‘cod liver oil’

    10.   Suppositori
 Persediaan ubat-ubatan pepejal yang berbentuk kon untuk dimasukkan ke    dalam anus

 11.  Pessary
        Persediaan plastic atau logam atau berubat dimasukkan ke dalam vagina.




    12.   Ointmen
    sejenis persediaan yang berminyak dan mengandungi ubat
digunakan untuk sapuan pada kulit atau mukus membran
biasa di masukkan dalam tiub.

    13.   Collodion
    Satu persediaan yang mengandungi tidak lebih dari 1% Pyrocillin
 merupakan satu larutan jernih atau keruh sedikit dan lekat

    14.   Lotion
Sejenis persediaan cecair untuk disapu di kulit

 15.  Liniment
           Persediaan cecair emulsi atau separuh pepejal berminyak dan alkohol digunakan untuk menggosok di kulit .

   16.    Krim
           Disapu pada kulit

 17.  Ampul
Ubat serbuk atau cecair yang dimasukkan ke dalam bekas kaca kecil
diberi melalui suntikan

    18.   Vail
·         ubat serbuk dimasukkan ke dalam kaca kecil
·         perlu dilarutkan dengan air suling
·         diberi melalui suntikan

   19. Penyembur aerosol
         disedut melalui sistem pernafasan

   20.    Inhalan
Hidu wap air panas yang telah dicampur dengan ubat ke dalam paru-paru

   21.    Ubat titis ( guttae )

         ubat dalam bentuk cecair
         dititiskan ke dalam bahagian yang diarahkan – hidung , telinga dan mata.



                                         KUMPULAN – KUMPULAN UBAT

A.  UBAT-UBAT YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM SARAF

1.Analgesik

         Adalah ubat yang boleh melegakan/mengurangkan rasa sakit tanpa mengganggu kesedaran
         dibahagikan kepada 2 bahagian:
i.      Analgesik lemah
         Untuk melegakan rasa sakit yang ringan atau sakit yang sederhana kuat
         contoh ubat:  Paracetamol ( Panadol )
      Kesan sampingan
         boleh merosakkan buah pinggang jika lama digunakan
         boleh merosakkan hati jika dos berlebihan.

ii.    Analgesik narkotik
         digunakan untuk melegakan sakit yang kuat
         contoh ubat: morphine Codeine fosfat
       Kesan sampingan
         Ketagihan
         Khayal
         Mempunyai kesan toksik


 2.        UBAT ANAESTISIA
         Berkuasa menghilangkan kesedaran dan perasaan dengan sepenuhnya
         Contoh ubat:  Ketamin Hidroklorida
   Kesan sampingan
         Meromokkan system saraf pusat
         Anaestisik setempat
         untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat disuntik atau disapu
   Contoh ubat:  Lignocaine

3.      SEDATIF
         Agen yang boleh mententeramkan seseorang
         tidak menyebabkan tidur tetapi boleh menyebabkan mengantuk
         digunakan untuk menghilangkan perasaan risau dan gelisah.
         contoh ubat :  Pentobarbitone

4.         TRANQUILIZERS

         ubat penenteram
         memadamkan reaksi emosi dengan tidak menghilangkan kesedaran diri.
         Contoh ubat:  Chloropromazine
    Kesan sampingan:
         mengantuk
         mulut kering
         jaundis

5.    ANTIKONVULSAN

         ubat merawat sawan
         contoh ubat:  Phenytoin sodium ( dilantin )
    Kesan sampingan:
         mual , pening
         gatal-gatal kulit
         bengkak gusi
         pergerakan yang kurang koordinasi
         demam panas.

6.         ANTIDEPRESAN
         meningkatkan emosi
         contoh ubat:  Imipramine Hidrokloride
    Kesan sampingan:
         sembelit, mulut kering
         penakungan kencing
         kabur penglihatan


B. UBAT-UBAT YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM PENCERNAAN.

1.  ANTASID
         Bahan yang mengurangkan kekuatan asid hidroklorik yang terdapat di dalam gaster
         juga untuk melegakan kesakitan dan gejala-gejala penyakit akibat berlebihan asid atau pepsin dalam gaster seperti penyakit ulser di gaster
         bertindak dengan cara : Peneutralan/menawar
                                           menghalang penyerapan
         contoh ubat :  Tablet Gelusil, Tablet Actal, Magnesium Trisilikat
         kesan sampingan :  Sembelit, cirit birit

 2. UBAT PENCAHAR / JULAP / APERIEN
         menggalakkan pembuangan najis ( air besar ) atau sembelit
         Contoh ubat: Bisacodyl  (Dulcolax )

 3. ANTISPASMODIK
         Ubat penahan perut atau usus memulas
         Mengurangkan spasma otot perut atau usus
         Contoh ubat: Atropine Sulfat, Hyoscine
Kesan sampingan: 
         Penglihatan terganggu
         Mulut kering

 4. ANTI-DIARREALS
Untuk merawat cirit birit
     .  Jika disebabkan oleh makanan yang dicemari oleh kuman
     .  Jika disebabkan oleh jangkitan:
         Contoh ubat :  Thalazole
     Kesan sampingan:  gatal-gatal kulit
5.EMETIK

         Agen pemuntah
         Untuk mengeluarkan isi perut misalnya apabila termakan racun
Contoh ubat :  Apomorphine HCL


      6.   KARMINATIF

         Untuk menggalakkan pembuangan gas-gas dari perut dan usus.
     Contoh agen :
         Minyak pepermin
         Halia

6.    ANTIHELMIN

         Merawat parasit usus
         Contoh ubat : 
         Piperazine
     Kesan sampingan : Najis berwarna merah
                                         Muntah
         Mebendazole ( Vermox )
     Kesan sampingan :  Cirit birit


C. UBAT-UBAT YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM PERNAFASAN

1.PENAHAN BATUK ( COUGH SUPPRESSANTS )
         untuk menekan / menahan batuk yang tidak berkahak
 Contoh ubat :
          Codeine Linctus
         Linctus Phensedyl
 Kesan sampingan:  Mual,  muntah, sembelit

2.EKSPEKTORAN

         Untuk menggalakkan batuk
         digunakan untuk melegakan dada dari kahak yang pekat
         Contoh ubat:  Ammonium Klorida
         Kesan sampingan:  Mual, muntah, dahaga, sakit kepala dan mengantuk

3.ANTI-ASMA

          Ubat untuk merawat penyakit asma
         Jenis : Bronkodilator
         Untuk membesarkan salur pernafasan yang menjadi sempit
Bentuk persediaan :
         Inhalasi aerosol
         Semburan
         Suntikan
Contoh ubat:  Aminophylline
Kesan sampingan:  Mual dan muntah jika diberi melalui mulut, sawan, Aritmia dan hipotensi


D.        ANTIBIOTIK

         Dihasilkan daripada mikro organisma/bacteria atau bahan-bahan yang diproses secara kimia
         Membunuh atau mencegah pembiakan bakteria lain walapupun dalam kepekatan yang rendah
      Dikelaskan kepada:
           1.  Antibiotik berkuasa luas ( broad spectrum )
        Berkesan terhadap banyak jenis organisma
        Contoh ubat :  Tetracycline
                     Chloramphenicol ( C.M.C )

         2. Antibiotik berkuasa terhad 

             ( narrow spectrum )
         berkesan terhadap sebilangan kecil bacteria
         Contoh ubat :  Penisilin
                       Erythromycin


E.  UBAT-UBAT YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM KARDI-VASKULAR    DAN DARAH

     1.DIGITALIS
         Ubat yang bertindak ke atas sistem jantung
         Merangsangkan miokardium untuk mennambahkan kekuatan dan kadar penguncupan
         Melambatkan denyutan jantungContoh ubat:  tablet / suntikan Digoxin
         Kesan sampingan:  Hilang selera makan, mual, muntah. sakit abdomen, cirit birit, pergerakan jantung yang perlahan
         Denyutan apeks pesakit mestilah dimonitor sebelum pemberian ubat ini sebelum pemberian ubat ini untuk mengelak dari kesan sampingan.  Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit jika kadar denyutan jantung adalah 60 denyutan atau lebih.

      2.   ANTIHIPERTENSI / HIPOTENSI
         Untuk menurunkan tekanan darah
         Contoh ubat :  Metildopa ( Aldomet )
         Kesan sampingan :  Mengantuk, resah, kering mulut.

No comments:

Post a Comment