d' YOUTH APPRENTICE

Saturday 19 May 2012

PEMERIKSAAN PLASENTA

NOTA KULIAH SEM 1

PEMERIKSAAN PLASENTA

TUJUAN

1.     untuk memeriksa kelengkapan plasenta dan membrane
2.     untuk mengesan keabnormalan di plasenta


KEPERLUAN

1.       jug penyukat

2.       beg plastic

3.       sekeping gauze

4.       sarung tangan disposable

5.       alat penimbang spring balance





                                   







Langkah tatacara

Bil

Langkah tatacara

Rasional

1.

Sediakan peralatan yang diperlukan


2.

Pakai sarung tangan / disposable glove

Untuk melindungi diri dari jangkitan

3.

Keluarkan plasenta dari kidney dish dan letakkan dalam sinki.

Permukaan yang rata memudahkan pemeriksaan

4.

Tuangkan darah ke dalam jug

Untuk menyukat amaun kehilangan darah

5.

Cuci bahagian yang terpotong tali pusat

Memudahkan melihat arteri dan vena

6.

Perhatikan keadaan tali pusat:-
a.  terdapat 2 arteri dan 1 vena
b.  warna
c.  simpulan benar (simpulan mati)/palsu
d.  penyematan talipusat seperti :-
Battledore insertion dan Vellamentous Insertion
e.  jelly cord – mengesan keabnormalan

Mengesan keadaan keabnormalan tali pusat

7.

Perhatikan keadaan permukaan fetus plasenta:-
a.      warna – kesan mekanium
b.      salur darah

Mengesan keadaan keabnormalan membran

8.

Angkat plasenta dengan memegang pada talipusat untuk perhatikan keadaan membran

Mengesan keadaan keabnormalan membran

9.

Periksa kelengkapan Amnion dan Korion
Mengesan cebisan membrane yang terkoyak/ tertinggal di dalam uterus

10.

Dedahkan permukaan maternal lasenta


11.

Keluarkan ketul-ketul bekuan darah

Menyenangkan pemeriksaan

12.

Periksa kotilidon sama ada lobul lengkap dan sempurna

Kehilangan kotilidon menunjukkan tisu plasenta tertinggal di dalam

13.

Perhatikan keadaan maternal plasenta:-
a.    warna
b.    kalsifikasi
c.     infarksi
d.    lain-lain keabnormalan

Mengesan keabnormalan pada plasenta

14.

Masukkan plasenta ke dalam beg plastic dan timbang

Menganggarkan berat badan dan kesihatan bayi

15.

Labelkan nama ibu, R/N, IC pada pembalut plastik


16.

Laporkan keabnormalan jika ada

Supaya tindakan sewajarnya dapat dijalankan

17.

Berikan plasenta kepada ibu atau lupuskan mengikut praktis yang ditetapkan

Mengikut kebiasaan adapt resam atau mengikut pengurusan clinical waste

18.

Rekod dalam buku kelahiran

Untuk rujukan dan tindakan

19.

Bersihkan peralatan dan kawasan sinki

Tanggungjawab untuk memastikan kebersihan unit.




TANGGUNGJAWAB JURURAWAT DALAM PEMERIKSAAN PLASENTA

SEBELUM

1.      Sediakan keperluan / peralatan untuk pemeriksaan plasenta

2.      pakai glove sebelum membuat pemeriksaan untuk mengelak dari sebarang jangkitan

SEMASA

1.      Meletakkan plasenta ditempat yang rata untuk menyenangkan pemeriksaan

2.      Menyukat darah dengan teliti untuk mengetahui amaun darah yang hilang

3.      Membuat pemeriksaan plasenta dengan teliti untuk memudahkan mengesan keabnormalan.


SELEPAS

1.    Melabelkan nama, RN dan IC pesakit pada pembalut plastic

2.    Menyerahkan plasenta kepada ibu atau buangkan mengikut praktis yang telah ditetapkan

3.    Rekodkan segala pemerhatian dalam nota pesakit

4.    Bersihkan sekeliling

5.    Laporkan dengan segera jika sekiranya terdapat keabnormalan.

No comments:

Post a Comment