NOTA PENGAJARAN
SEM 2
SUBJEK: BASIC PHARMACOLOGY
TOPIK:
LEGAL CONTROL DRUG (POISONS ORDINANCE)
Objektif
Am: Memberi pengetahuan dan kefahaman berkenaan dengan Dangerous Drug Act / Poison Ordinance.
Objektif khusus
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelatih dapat :-
- Mendefinisikan Dadah Merbahaya.
- Menyenaraikan
dadah merbahaya di bawah kawalan Akta Dadah Merbahaya 1952 (DDA)
- Menyenaraikan
sebab-sebab penyalahgunaan dadah
- Menerangkan
penyimpanan ubatan DDA.
- Menerangkan
pemberian ubatan DDA.
- Menerangkan
cara-cara merekod penggunaan ubatan DDA.
Definisi
Beberapa istilah yang perlu diketahui:-
i.
Dadah Merbahaya
Dadah merbahaya adalah semua
bahan kimia yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama Bahagian l hingga
Bahagian IV, Akta Dadah Merbahaya 1952, (Semakan 1980).
ii.
Racun
Bahan yang mana apabila
dimakan, disedut, disapu, disuntik, diserap dan terbentuk di dalam badan boleh
menyebabkan kerosakan kepada tisu-tisu badan oleh tindakan kimianya.
iii.
Psikotropik
Ubatan yang memberi kesan
tekanan ke atas pemikiran seseorang. (senarai ubat-ubatan ialah seperti Jadual
ketiga, Akta Racun 1952).
Jenis klasifikasi ubat-ubatan
Terbahagi
kepada 3 :
- Ubatan Piawaian (Standard drugs)
-
diberikan terus dari stor/makmal ubat
-dibahagikan, diedar dan dihantarkan ke hospital.
-
Boleh didapati di hospital, wad dan farmasi.
- Ubat-ubatan bukan piawaian
(Non-standard drugs)
-
dipesan khas atas arahan pakar/pegawai yang berkuasa.
-
Penggunaannya terhad (ubat dalam senarai List A)
-
Perlu Local Perchase Order(P/S) e.g antibiotik
- Ubat/ Dadah merbahaya
-
Dalam jadual/Ordinan Dadah Merbahaya 1952.
-
Dikawal kerana membawa kepada kesan ketagihan.
-
Dipengaruhi oleh peraturan Ordinan Racun dengan kawalan
yang lebih ketat.
-
E.g :Pethidine, Morphine
Senarai
dadah merbahaya di bawah kawalan Akta Dadah Merbahaya 1952 (DDA)
1.
Analgesics (Narcotic)
i.
Morphine Sulphate 10 mg/ml
ii.
Morphine HCL 10 mg / 5ml Solution
iii.
Pethidine HCL 50 mg /ml
2.
Analgesics medium
i.
Dehydrocodeine Tartrate 30 mg / tab (DF 118)
ii.
Nalbuphine HCL 10 mg / ml Inj. (Nubain)
3.
Tranquillisers / Hypnotics / sedatives
i.
Midazolam 7.5 mg / tab (Dormicum)
ii.
Midazolam 5 mg / ml
Inj. (Dormicum)
iii.
Diazepam 5 mg / tab (Valium)
iv.
Diazepam 10 mg / 2 ml inj. (Valium)
v.
Syrup Chloral Hydrate 200 mg / ml
4.
Anticonvulsants
i.
Phenobarbitone 30 mg / tab (Luminal)
ii.
Phenobarbitone Sodium 200 mg / ml Inj. (Gardenal)
Penyimpanan
ubatan DDA
1.
Disimpan dalam almari khas bertanda DDA (berkunci)
2.
Ia mesti diasingkan dari ubat lain dan dalam “double lock comparment”
untuk menentukan keselamatannya.
3.
Stok ubat dikira setiap hari. Sebarang kerosakan atau kehilangan ubat
perlu dicatat dan dilapurkan dalam rekod DDA. Periksa tarikh luputnya guna yang
hampir tempoh luput dahulu.
4.
Semua pesanan dan penerimaan ubat DDA perlu diperiksa dan dikira oleh
kakitangan yang telatih contohnya jururawat terlatih. Serahkan bersama dengan
buku rekod DDA ke farmasi untuk diperiksa oleh pegawai farmasi sebagai
pengesahan pelarasan baki ubat dadah merbahaya.
5.
Ahli farmasi akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa bersama-sama
dengan jururawat.
-
Untuk memastikan jururawat menjalankan tanggungjawab mereka terhadap
penyimpanan ubatan.
6.
Semua ampoule DDA yang kosong perlu dikembalikan kepada
farmasi untuk pembekalan ubat yang baru.
7.
Jika ampoule terpecah, ia perlu disimpan kepingan kacanya
dan dapatkan saksi untuk sahkan kejadian itu secara bercatit.
8.
Tidak dibenar menggunakan pemadam pada catitan jika
berlakunya kesilapan / kesalahan tetapi hanya lukis garis untuk batalkan dan
tandatangan untuk mengesahkan.
9.
Dadah merbahaya yang telah luput tarikhnya, perlupusan
akan dilakukan oleh pegawai farmasi dan dicatit dalam buku DDA.
Pemberian
ubatan DDA
1.
Arahan pemberian ubat hanya boleh dibuat secara bertulis
oleh seorang doktor.
2.
Arahan melalui telefon boleh diterima dalam keadaan
kecemasan dan diikuti dengan tandatangan doktor dalam tempoh 24 jam.
3.
Jururawat bertanggungjawab menyemak preskripsi sebelum
pemberian untuk memastikan 6 R.
-
The Right drug
-
In the Right dose
-
To the Right patient
-
At the Right time
-
By the Right route
-
Right documentation
4. Setiap pemberian ubat perlukan
dilakukan oleh seorang jurarawat dan disemak oleh seorang jururawat terlatih
yang lain.
Cara-cara
merekod penggunaan ubatan DDA.
Pemberian ubat perlu dicatat
dalam ‘Rekod DDA’ yang menyatakan :-
-
Tarikh/Masa
-
Nama pesakit
-
Nombor pendaftaran pesakit
-
Wad
-
Nama ubat
-
Dosage
-
Jumlah baki ubat
-
Nama jururawat yang memberi dan saksinya
Rasional
: - Rekod yang lengkap dan tepat memudahkan tugas jururawat
- Mengesan penyalahgunaan
dadah.