d' YOUTH APPRENTICE

Sunday 20 May 2012

MANDI BAYI

NOTA KULIAH SEM 1

MANDI BAYI

Pengenalan

Bayi yang baru lahir adalah insan yang paling  mulia di dunia.  Mereka adalah salah satu makhluk Allah yang terdedah dengan pelbagai ancaman dunia termasuklah mikroorganisma.  Oleh yang demikian kebersihan adalah diutamakan kepadanya bagi menghindar dari infeksi.  Salah satu cara untuk menjaga kebersihannya adalah dengan memandikan bayi supaya ia bersih dan infeksi dapat dielakkan.

TUJUAN MEMANDIKAN BAYI

Untuk membersihkan bayi baru lahir dari kesan darah, liquor dan vernix caseosa.

Kumpulan bayi yang sesuai untuk dimandikan

Term bayi ( bayi yang cukup bulan dan sihat )

Persediaan pakaian bayi

i.              Baju yang sesuai dan berbutang dihadapan untuk memudahkan persalinan
ii.            Seluar panjang supaya menutupi seluruh anggota kaki elak bayi dari kesejukan
iii.           Napkin atau diaper ( pada yang mampu )
v  kain atau tuala kering untuk membaluti tubuh bayi mengekalkan suhu badan dan elak dari kesejukan/hipotermia



Persediaan :

●   Untuk mandian bayi
i.    1 bekas mandi bayi
ii.   1 jug 8 pain untuk air sejuk
iii.  1 jug 8 pain air panas
iv.           1 kidney dish mengandungi :-
v  1 galipot besar berisi swab untuk mencuci muka
v  1 galipot besar berisi swab untuk mencuci umbilikus
v.   1 ketul sabun bayi / bath foam
vi.  1 botol spirit untuk mencuci umbilikus
vii.          2 helai tuala
viii.        Layete bayi / pakaian bayi
●   Persediaan tempat
v  di bilik mandian bayi dengan suhu yang ssuai dan peredaran udara yang baik.

TANGGUNGJAWAB SEBELUM MEMANDIKAN BAYI

1.            Periksa nota pesakit
 Untuk memastikan nama ibu, agar bayi tidak tertukar

2.            Nilai keadaan bayi
Pastikan ia berada di dalam keadaan yang memuaskan
Warna kuit bayi pink menentukan bayi tidak dalam kesejukan dan suhu badan tidak kurang dari 36.8 ۠ C.
v  Pernafasan 30 -60 b/m menentukan pernafasannya baik
v  Denyutan jantung 120 – 160 b/m menentukan jantung dalam keadaan normal
v  Tangisan kuat menunjukkan reaksi normal bayi
v  Aktif sambil bergerak menggunakan semua anggota badan  menunjukkan tindakbalas anggota badan adalah normal
v  Tiada perdarahan dari talipusat kerana sebarang masalah boleh mengambil tindakan kejururawatan dengan cepat bagi menghalang perdarahan terus berlaku
v  Kelipan mata sempurna menunjukkan bayi dalam keadaan sedar
3.            Sediakan peralatan yang lengkap untuk memudahkan proses kerja.
4.            Pastikan set cord dressing adalah sterile untuk menggelakkan infeksi
5.            Tentukan suhu air sesuai supaya kecederaan kepada bayi dapat dielakkan seperti melecur.

TANGGUNGJAWAB SEMASA

1.    Terangkan prosedur kepada ibu
Rasionalnya – untuk mendapatkan kerjasama dari ibu

2.    Pastikan bayi tidak kesejukan kerana boleh menyebabkan bayi mendapat kecederaan seperti:
v  jatuh
v  lemas

3.    Pemerhatian pada pernafasan ( normal & regular ) dan warna kulit bayi ( sianosis & sejuk )

Tanggungjawab selepas

  1. Selesakan bayi
  2. Perisa suhu bayi untuk mengesan sebarang hypothermia

  1. Laporkan yang luarbiasa seperti:
v  perut kembung
v  tidak aktif seperti menangis perlahan
v  penat dan susah bernafas
( supaya tindakan rawatan segera dapat diberi )

  1. Kemaskan peralatan
Menerangkan Langkah Tatacara Memandikan Bayi.

No

Langkah Tatacara

Rasional

1.

Beri salam / ucap selamat


2.

Beri penerangan tentang prosedur yang akan dilakukan

Mengurangkan kebimbangan ibu

3.

Semak jantina bayi dan bracalet / tag

Mengelak dari keliru

4.

Ambil suhu badan bayi

Mencegaj hipotermia

5.

Sediakan alat-alat keperluan untuk mandian bayi

Memudahkan perlaksanaan prosedur

6.

Sediakan pakaian bayi



7.

Periksa bayi dan bersihkan jika bayi jika bayi buang air besar



8.

Cuci tangan secara sosial

Mencegah infeksi
9.
Sediakan air mandian:
9.1   Tuangkan air sejuk ke dalam bekas mandi
9.2   Masukkan air panas

Elak bayi dari melecur

10.

Pastikan paras air di paras umbilikus semasa bayi duduk

Elak b dari lemas

11.

Uji suhu air dengan siku

Elak bayi dari melecur

12.

Sediakan swab untuk mencuci muka dan umbilikus

Pastikan prosedur berjalan dengan lancar

13.

Pakai apron
Melindungi baju jururawat dari basah

14.

Basuh tangan

Mencegah infeksi

15.

Buka pakaian bayi dan balut dengan tuala besar

Mencegah hipotermia
16.
Cuci muka bayi:
16.1   Cuci bahagian mata dari dalam ke luar
16.2   Cuci dahi, pipi, dagu dan telinga

Teknik mencuci yang betul
17.
Cuci kepala bayi:
Pegang bayi secara  hold
( Rujuk gambarajah A )
17.1   Tutup telinga bayi dengan ibu jari dan jari tengah
17.2   Basahkan rambut
17.3   Syampokan / sabun kan kepala
( Rujuk gambarajah B )
17.4   Bilas kepala bayi hingga bersih
17.5   Lap kepala bayi hingga kering


Mengelak bayi terjatuh

Mencegah air dari masuk ke telinga bayi



Mencegah hipotermia
18.
Letak bayi di atas tilam kecil

19.
Sabunkan badan dan anggota bayi:
19.1   Dedahkan badan bayi
19.2   Basahkan tangan jururawat
19.3   Sabunkan tangan jururawat
19.4   Sabunkan badan bayi dari leher, dada, abdomen, bahagian genitalia, kaki dan belakang bayi


20.

 Letakkan kepala bayi di atas lengan kiri.
Tangan kanan mengampu punggung dan pegang paha bayi.  ( Rujuk gambarajah C )

Mengelakkan bayi jatuh.

21.

Letak bayi dalam bekas mandi


22.

Sabunkan tangan dekat dan bilas segera
Mencegah tangan bayi masuk ke dalam mulut.

23.

Sabunkan tangan jauh dan bilas segera.
Mencegah tangan bayi masuk ke dalam mulut.

24.

Bilas badan bayi bahagian hadapan termasuk
lipatan kuit di ketiak dan paha


25.

Bilas bahagian belakang badan bayi:
25.1    Duduk bayi dengan memegang ketiak kanan bayi ( muka bayi ke arah jururawat )
25.2    Bilas bahagian belakang badan dan punggung bayi


Kesan sabun boleh menyebabkan alahan

26.

Letakkan bayi dalam posisi asal
Mengelakkan memusing bayi dengan kerap

27.

Keluarkan bayi dari bekas mandi

28.
Letakkan bayi di atas tilam


29.

Lapkan badan bay sehingga kering
30.
Pakaikan pakaian bayi
Mencegah bayi dari hipotermia

31.

Dedahkan bahagian umbilikus


32.

Basuh tangan secara sosial

Mencegah infeksi

33.

Lakukan cucian talipusat dari atas ke bawah jika talipusat masih basih, dari dasar ke atas jika talipusat kering

Prinsip teknik asepsis dari bersih ke kotot

34.

Kemaskan pakaian


35.

Pakai lampin


36.

Kemaskan peralatan dan persekitaran


37.

Catat dan laporkan jika ada sebarang ke abnormalan.

Tindakan yang wajar diambil


No comments:

Post a Comment