d' YOUTH APPRENTICE

Saturday 19 May 2012

PENJAGAAN MULUT-MOUTH TOILET

NOTA KULIAH SEM 1

MOUTH TOILET/ PENJAGAAN MULUT

Tujuan Penjagaan Mulut adalah:

1.   Mengekalkan kebersihan mulut, gusi, lidah dan gigi dengan mengeluarkan sisa makanan dari celah-celah gigi.
2.   Mengekalkan kelembapan selaput mukosa mulut.
3.   Mencegah infeksi dan dental ‘caries’.
4.   Menyegarkan mulut dan mencegah halitosis.
5.   Meningkatkan selera makan.

Indikasi – indikasinya diantaranya ialah:

1.   Klien yang tidak berupaya seperti:
a)   Klien tidak sedarkan diri
b)   Klien yang sakit tenat.
c)   Klien yang mempunyai kecacatan anggota atas.
d)   Klien yang lumpuh.

2.   Klien kurang berupaya menjaga kebersihan mulut seperti :
a)   Klien yang dipasang tiub ryles.
b)   Klien yang mengalami kecederaan di bahagian mulut.
c)   Klien yang sedang menerima terapi oksigen.
d)   Klien yang mengalami pembedahan di bahagian mulut.


3.   Klien yang memerlukan penjagaan kebersihan mulut samada dia boleh melakukan sendiri atau perlukan bantuan seperti:
a)   Klien yang demam panas tinggi
b)   Klien yang mengalami dehidrasi
c)   Klien yang tidak dibenarkan makan dan minum melalui mulut.
d)   Klien yang tua dan kurang bertenaga.



Tanggungjawab jururawat dalam prosedur penjagaan mulut.

Sebelum melakukan prosedur:

1.Kenalpasti pesakit yang betul.
    - Tanya nama
    -  Rujuk profil pesakit.

2. Nilai / taksir keadaan mulut pesakit sebelum melakukan prosedur jagaan mulut seperti:
-  Adakah gigi asal atau gigi palsu atau tanpa gigi.

-  Lihat keupayaan pesakit sama ada boleh bantu sendiri ataupun jururawat perlu melakukan prosedur.

-  Periksa keadaan mulut – adakah sangat kotor , bibir kering dan pecah.

3.   Sediakan peralatan dengan lengkap.

4.   Gunakan losyen dan larutan yang betul untuk mengelakan dari merosakkan deria rasa pesakit.

5.   Terangkan tujuan dan prosedur kepada pesakit untuk mendapatkan keyakinan dan kerjasama.

6.   Pilih posisi yang sesuai.

7.   Cuci tangan sebelum prosedur untuk mengelakkan transmisi organisma.

Semasa melakukan prosedur.

1.   Skrinkan katil pesakit untuk memberi privasi.

2.   Posisikan pesakit dalam kedudukan yang sesuai.
Contohnya:-
i.   Semi fowler untuk pesakit yang sedar.
ii.  Lateral untuk pesakit yang kurang upaya / tidak sedarkan diri. Ini adalah  memudahkan pengaliran sekresi dari mulut dan elakkan aspirasi.

3.   Tanggalkan gigi palsu jika ada.

4.   Gunakan satu gauze / swab / lidi kapas bagi setiap pembersihan.

5.   Elakkan daripada menggunakan gauze / swab / lidi kapas yang terlalu lembab untuk mengelak aspirasi

6.   Lakukan pemerhatian pada keadaan mulut, gigi, gusi, lidah pesakit sepanjang masa prosedur.

7.   Lapor jika terdapat sebarang keabnormalan


Selepas melakukan prosedur:

1. Selesakan pesakit

2. Kemaskan sekeliling

3. Bersihkan dan kemaskan semua peralatan

4.  Dokumentasikan keputusan prosedur

5.  Laporkan sebarang keabnormalan.


Keperluaan Peralatan :
Talam yang mengandungi:
i. Kap mackintosh untuk alas dada pesakit
ii.Tuala muka untuk alas dada pesakit.
iii. 1 forsep arteri                dalam satu kidney
iv.1 forsep dissecting         dish.  Kedua-dua
forsep digunakan untuk membalut gauze, memerah swab.  Mencuci mulut  forsep arteri digunakan.
  - 1 gallipot untuk larutan natrium bikarbonat
   ( 1 sudu the natrium bikarbonat + 150ml air).
Vaseline putih untuk lembabkan bibir jika perlu.
iv. 1 gallipot untuk swab dan gauze.
v. Lidi kapas dalam bekas untuk membersihkan celah-celah gigi.
vi.1 bekas losyen kumuran
vii.1 ‘vomit bowl’ untuk menerima kumuran.
viii.1 gallipot untuk gigi palsu jika perlu.



Tata cara penjagaan Mulut:

1.   Beri salam / ucap selamat
2.   Beri penerangan tentang prosedur
3.    Skrinkan katil pesakit
4.    Alaskan kap mackintosh dan tuala kecil menutupi bahagian dada pesakit
5.    Alaskan kap mackintosh dan tuala kecil menutupi bahagian dada pesakit
6.    Cuci tangan secara sosial
7.    Cuci mulut pesakit:
        Beri pesakit kumuran / lembabkan ruang
Mulut dengan losyen kumuran.
        Cuci dengan menggunakan swab yang
Dicelup larutan natrium bikarbonat:
                                                             i.      Bahagian sisi dalam mulut yang jauh.
                                                           ii.      Bahagian sisi dalam mulut yang berdekatan.
                                                        iii.      Gusi dan gigi geraham atas dan bawah dari atas ke bawah dan dari dalam ke luar.
        Ulang sapuan sehingga bersih.
        Cuci lidah dan lelangit dengan menggunakan gauze yang dicelup dengan natrium bikarbonat.
        Cuci celah-celah gigi di bahagian geraham atas dan bawah menggunakan lidi kapas yang dicelup dengan natrium bikarbonat.
-  Cuci dari atas ke bawah dan dari dalam  ke luar
-  Ulang sehingga bersih.
       7.6  Beri kumuran / bilas ruang mulut.
       7.7  Sapu Vaseline di bibir dengan lidi kapas.
8.    Selesakan pesakit
9.   Kemaskan peralatan































Lampiran Tatacara Senarai Semak Penjagaan Mulut
Bil
Langkah Tatacara
Melakukan
Catatan
Ya
Tidak
1.
Beri salam / ucap selamat



2.
Beri penerangan tentang prosedur



3.
Skrinkan katil pesakit



4.
Letakkan pesakit dalam baringan selesa




5.
Alaskan kap makintosh dan tuala kecil menutupi bahagian dada pesakit




6.
Cuci tangan secara sosial




7.
Cuci mulut pesakit:
        Beri pesakit kumuran / lembabkan ruang
Mulut dengan losyen kumuran.
        Cuci dengan menggunakan swab yang
Dicelup larutan natrium bikarbonat:
                                                          iv.      Bahagian sisi dalam mulut yang jauh.
                                                            v.      Bahagian sisi dalam mulut yang berdekatan.
                                                          vi.      Gusi dan gigi geraham atas dan bawah dari atas ke bawah dan dari dalam ke luar.
        Ulang sapuan sehingga bersih.
        Cuci lidah dan lelangit dengan menggunakan gauze yang dicelup dengan natrium bikarbonat.
        Cuci celah-celah gigi di bahagian geraham atas dan bawah menggunakan lidi kapas yang dicelup dengan natrium bikarbonat.
-  Cuci dari atas ke bawah dan dari dalam 
   ke luar
-  Ulang sehingga bersih.
       7.6  Beri kumuran / bilas ruang mulut.
       7.7  Sapu Vaseline di bibir dengan lidi kapas.




8.
Selesakan pesakit



9.
Kemaskan peralatan




No comments:

Post a Comment