d' YOUTH APPRENTICE

Saturday 19 May 2012

HAND WASHING

NOTA KULIAH SEM 1

HAND WASHING / MENCUCI TANGAN

Pengenalan

Pusat kawalan dan pencegahan penyakit di Goergia Atlanta menyatakan bahawa mencuci tangan sebelum dan selepas merawat pesakit merupakan langkah yang penting untk mencegah jangkitan penyakit.

Definisi Jangkitan silang   

Mikroorganisma berada disemua persekitaran kita dan manusia sering terdedah kepadanya. 3 cara jangkitan penyakit berjangkit:

1.  Contact
  • Direct contact – menyentuh orang/binatang yang berpenyakit.  Contohnya melalui ciuman atau perhubungan seks
  • Indirect contact – memegang benda yang telah dijangkiti penyakit.  Contohnya tangan yang tersentuh dengan pembebat luka dan tidak mencuci tangan dengan sempurna.
  • Dropplet contact – misalnya apabila batuk atau bersin dan bercakap

2.  Makanan, air, ubatan dan darah yang tercemar
3.  Udara yang tercemar
4.  Vektor  - organisma yang membawa penyakit dari seorang kepada seorang yang lain.  Contohnya serangga, nyamuk, lipas dan tikus.

Ringkasan

Cara perpindahan mikroorganisma di kawasan hospital dan kakitangan hospital adalah melalui ‘direct contact’ denga pesakit yanga ada penyakit berjangkit, peralatan atau bahan-bahan yang tercemar.
Organisma ini akan merebak melalui tangan staf hospital jika tidak mengamalkan teknik mencuci tangan yang betul.
Jangkitan melalui staf hospital dikenali sebagai ‘Nasocomial infection’
‘Nasocomial infection’ disebabkan oleh microorganisma pathogen boleh dicegah dengan teknik medical asepsis.

Surgical Asepsis

Satu cara pembasmian pathologikal organisma sebelum ia masuk ke dalam badan melalui luka terbuka semasa pembedahan.

Medical Asepsis
Satu cara yang digunakan untuk menghapuskan organisma pathogen.  Ini dipraktikkan untuk merawat pesakit dengan penyakit berjangkit dengan tujuan mengelakkan dari menjangkit kepada orang lain

Selepasmengetahui konsep medical dan surgical asepsis sekarang kia teruskan pula dengan tujuan mencuci tangan secara aseptic
Tujuan mencuci tangan secara aseptik:
  1. mengurangkan bilangan microorganisma pada kulit tangan
  2. mencegah jangkitan silang


Indikasi mencuci tangan secara aseptik ialah:
1.  Tatacara aseptik
·         membebat luka (dressing)
·         menyediakan ubat-ubatan
·         menyediakan alat-alat aseptik
·         sebelum dan selepas menguruskan bayi
·         menguruskan orang tua
·         sebelum dan selepas merawat pesakit

Setelah pelatih faham tentang kepentingan mencuci tangan sekarang saya akan terangkan pula langkah-langkah yang  perlu dijalankan sebelum mencuci tangan.


1.  Asesmen
  • nilai tatacara yang hendak dibuat samada medical asepsis atau surgical asepsis
2.   Persediaan alat-alat
  • sabun – ketul/cecair yang mengandungi germisid
  • tuala tangan bersih
  • air dari paip

Perbezaan mencuci tangan secara sosial dan hygenic.
1.  Kedudukan tangan
  • sosial – mencuci tangan hingga paras pergelangan tangan dan menggunakan tuala bersih
  • hygenic – mencuci tangan hingga paras siku dan menggunakan tuala steril

2.  Tujuan
  • sosial – untuk kes-kes medikal
  • hygenic – untuk kes-kes surgical


Teknik yang betul mencuci tangan amatlah penting diamalkan dalam kehidupan sehari-hari untuk menjaga kebersihan terutama:
i.                    sebelum makan
ii.                  selepas ke tandas
iii.                selepas berkebun
iv.                sebelum dan selepas memegang bayi dan lain-lain lagi.





No comments:

Post a Comment