d' YOUTH APPRENTICE

Saturday 19 May 2012

FETAL SCALP

NOTA KULIAH SEM 1

KULIT KEPALA FETUS ( FETAL SCALP )


1.      TISU KULIT KEPALA

5 lapisan tisu kulit kepala fetus ( fetal scalp )

I.       Kulit:  Lapisan luar mengandungi rambut
ii.       Tisu Subkutaneus
iii.      Lapisan Otot : Mengandungi tendon Galea (pembalut kepala )
iv.      Tisu perantara : lapisan longgar
v.       Periosteum : Menyaluti tulang tengkorak


2.      Struktur internal tengkorak fetus

Terdiri daripada membran serebrum dan sinus venous
Membran serebrum terdiri dari:

a.            dura meter: lapisan luar dari tiga meninges yang menyaluti otak dan korda spina
b.            membran yang paling tebal
c.            Membenam ke bawah diantara otak dan memisahkan hemisfera serebrum


1.      Falk serebrum:
Þ    lipatan dura meter terbentuk seperti sabit
Þ    membenam ke bawah di antara ke dua-dua hemisfera serebral, bahagian terbesar otak
Þ    berterusan di bawah sutur frontal dan sagital, dari dasar hidung ke protuberans oksipital internal

2.      Tentorium serebeli
Þ    Lipatan dura mater yang mendatar
Þ    terletak dalam bahagian posterior tengkorak pada sudut tegak kepada falks serebrum, diantara sererum dan serebelum
Þ    bentuknya seperti horseshoe  ( tapak kaki kuda)
Þ    membrane yang mengandungi salur vena atau sinus yang mengalirkan darah keluar dari otak




3.      Sinus sagital superior

Terletak di bahagian pinggir sepanjang bahagian atas falks serebri dari depan ke balakang.

4.      Sinus sagital inferior

Terletak di bahagian pinggir sepanjang bahagian bawah falks serebri dari depan ke belakang

5.      Vena serebral besar Galen ( the great serebral vein of Galen )

Þ    bertemu dengan sinus sagital inferior pada hujung dalam persimpangan antara falks dan tentorium

6.      Sinus lurus ( straight sinus )

Mengalirkan darah dari ke dua-dua vena serebral besar dan sinus sagital inferior sepanjang falks dan tentorium.  tanda di mana ia sampai pada tengkorak dan menerima darah dari sinus sagital superior dikenali sebagai confluence of sinuses

7.      Dua sinus lateral

Þ    Melalui dari confluence of sinuses sepanjang pinggir luar tentorium serebri dan membawa darah ke vena jagular internal.


MOULDING

Istilah bagi perubahan bentuk kepala bayi semasa kelahiran.
Berlaku akibat tekanan yang dialami semasa melalui salur lahir ( birth canal )
Pertindihan berlaku pada bahagian sutur
Saiz garispusat yang emndahului dikurangkan sedikit manakala pada bahagian sudut kanan padanya menjadi panjang

Contoh:
Moulding dalam presentasi verteks normal dengan kepala fleks dengan baik:
Garis pusat suboksipito bregmatik dikurangkan dan mentovertikal menjadi panjang

( Rujuk gambarajah )



Moulding Berlebihan ( Excessive Moulding )

Boleh berlaku apabila labor berpanjangan disebabkan oleh:
i.             disproposi antara saiz kepala fetus dan tulang pelvid ibu
ii.            Tulang tengkorak yang masih lembut ( seperti dalam pramasa ) dan oleh itu tidak dapat menghalang dari tekanan


UPWARD MOULDING

Apabila garis pusat oksipito frontal adalah garis pusat yang mendahului, moulding berlaku pada arah submentobregmatik, menyebabkan falk cerebri ditarik ke atas.
Kekoyakan [ada persimpangan dengan tentorium boleh berlaku dan melibatkan membran dan salur darah besar koyak
Perdarahan intracranial berlaku
terjadi apabila bayi dilahirkan dalam posisi Occipito posterior yang tersekat dan apabila kepala bayi dalam presentasi breech melalui pelvis

RAPID MOULDING

Menyebabkan membran serebral terkoyak
Berlaku dalam precipitate delivery dan semasa kehairan kepala bayi dalam presentasi breech

Bayi yang mengalami moulding terlalu akan menyebabkan mengalami asfiksia semasa lahir disebabkan oleh pemampatan intracranial.
Perlu dilapor kepada Peadiatrician serta merta sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda iritasi serebral
Bayi dirawat di unit SCN untuk pemerhatian rapi.



KAPUT SUKSIDANEUM ( CAPUT SUCCEDANEUM )

Bengkak pada kepala bayi.
Serum dan darah diserap ke dalam tisu kulit kepala bayi
Terjadi semasakelahiran akibat pemempatan oleh otot-otot leher semasa uterus iaitu serviks
Boleh berlaku pada dua tempat.

Ciri-ciri
v  Hadir semasa lahir
v  Mungkin melintasi sutur
v  Saiznya menyusut
v  Hilang dalam masa 36 jam
v  Menyerap dan bila ditekan akan meninggalkan lekuk
v  Double caput selalunya unilateral.



SEFALHEMATOMA ( CEPHALOHAEMTOMA )

Satu bengkak di atas kepala bayi
Disebabkan oelh pengumpulan cecair berdarah di bawah membrane penudung tulang tengkorak ( periosteum )
Berlaku disebabkan oleh geseran antara tengkorak bayi dan tulang pelvis ibu.
Periosteum terkoyak dari tulang menyebabkan perdarahan
Kebengkakan hanya bertumpu kepada satu tulang sahaja
Terjadi dalam kes cephalopelvis disproportion dan precipitate labour
Tiada rawatan diperlukan.

Ciri-ciri

v  Timbul selepas 12 jam selepas lahir
v  tidak melintasi suture
v  saiznya membesar
v  hilang selepas beberapa minggu
v  bertumpu pada satu tempat sahaja
v  tidak meninggalkan lekuk jika ditekan
v  Double cephalohaematoma biasanya bilateral
v  Rawatan hanya diperlukan sekiranya kebengkakan bertambah besar,

No comments:

Post a Comment