d' YOUTH APPRENTICE

Monday 16 April 2012

PEST CONTROL

NOTA KULIAH SEM 1


NOTA KULIAH

SUBJEK: COMMUNITY/ENVIRONMENTAL HEALTH

TAJUK: PEST CONTROL – COCKROACHES, RATS AND TERMITES

LIPAS

SIFAT DAN KELAKUAN

*      Cergas pada waktu malam dan kuat berlari.
*      Tinggal di tempat yang gelap, lembab, dan sempit.
*      Memakan apa sahaja asalkan boleh digigit terutamanya makanan berkanji dan gula.
*      Sentiasa membuang najis dan muntah.
*      Mengeluarkan rembesan dari mulut atau kelenjar-kelenjar badan pada permukaan.


KESAN BURUK LIPAS KEPADA KESIHATAN MANUSIA

1)      Sebagai vektor mekanikal untuk pelbagai penyakit:

§  Bakteria           – mycobacterium leprae
                              - yersenia pestis
                              - shigella sp.
                              - salmonella sp.

§  Cacing             - helminthiasis
                              - ascariasis
                              - enterobiasis

§  Protozoa          - entamoeba histolytica
                              - toxoplasma gondii
                              - giardia intestinalis

§  Fungus            - asperigillus fumigatus

2)      Menimbulkan beberapa reaksi alahan seperti dermatitis dan alahan pernafasan.

3)      Mengeluarkan bahan yang bersifat karsinogenik seperti xanthuronic acid dan kynurenic acid.

4)      Perumah perantara bagi beberapa spesis helminth seperti hymenolepis nana dan moniliformis.

5)      Sebagai serangga perosak kepada makanan, pakaian, buku, perabut rumah, hiasan dan barang kulit.

6)      Menimbulkan kekacauan dan gangguan seperti mengotorkan peralatan rumah dan bau busuk.


LANGKAH KAWALAN LIPAS

1)      Mencegah kemasukan lipas ke dalam rumah.
·         Menutup celah-celah lubang.
·         Sistem perparitan yang sempurna, saluran najis yang baik, serta sistem paip yang baik.
·         Memeriksa semua barang sebelum barang atau bungkusan sebelum dibawa masuk ke rumah.

2)      Tidak menggalakkan infestasi dengan mengutamakan kebersihan.
·         Sistem pembuangan sampah yang baik.
·         Penyimpanan makanan yang sempurna.

3)      Kawalan kimia (kurang baik).
·         Semburan bersidu: Diazinun 0.5%-1.0% dan Malathion ke lubang atau celah-celah.
·         Menggunakan umpan beracun à umpan boric acid dan kepone 0.125%.
·         Aerosol pyrethrins 0.6%
·         Debu diazinon 2% dan malathion 4%-5%.

4)      Perangkap lipas yang terdiri dari bahan bergulan dan mengandungi kanji.


TIKUS

Program Pengenalan Kawalan Tikus

Tikus adalah sejenis binatang yang suka tinggal di kawasan kediaman dan juga kawasan yang mendapat makanan.

Tikus boleh dibahagikan kepada dua jenis:
1)      Tikus luar bandar
2)      Tikus dalam bandar

Tikus luar bandar

1)      Rathus Talorensia (Malaysian Wood Rat)
2)      Rathus Agentiventer (Malaysian Field Rat)
3)      Rathus Exulans (Rice Field Rat & Little House Rat)
4)      B. Bergalensis dan Bendicato Indice


Tikus dalam Bandar

1)      Rathus Diardii (Tikus rumah, tikus kapal & tikus atap)
2)      Rathus Norvegicus (Tikus mondok & burrowing rat)
3)      Rathus Exulan (Little Field Rat)
4)      Musculas (Little house rat)
5)      Suncus Murinus ( kumpulan tikus yang gemarkan serangga)

Pada keseluruhannya, mereka tidak mempunyai banyak perbezaan dalam hal kelahiran, perkembangan dan aktiviti.

Umur tikus lebih kurang setahun dan mungkin lebih lama jika mempunyai makanan yang mencukupi dan tempat yang selamat.

Tabiat tikus terutamanya dalam tabiat laluan dan makanan adalah sama sehinggakan kesan laluan jelas di satu-satu tempat.

Tikus mempunyai sarang dan tempat perlindungan yang khusus mengikut jenis dan tabiat ini memudahkan kita membezakan antara jenis tikus selain dari keadaan saiz badan dan sebagainya.

KEBURUKAN TIKUS KEPADA KESIHATAN

Tikus merupakan agen pembawa penyakit hawar dan penyakit berjangkit seperti taun, demam kepialu dan sebagainya.

CARA KAWALAN TIKUS

Antara cara mengawal tikus adalah:-
1)      Menghapuskan tempat perlindungan tikus
2)      Menggunakan racun tikus
3)      Menggunakan perangkap
4)      Kawalan biologi  secara semulajadi

1. Menghapuskan tempat perlindungan
·         Tikus mempunyai tabiat yang suka berlindung dari pandangan manusia yang menyebabkan kita susah memerhatikan pergerakannya.
·         Sarang-saran tikus adalah di kawasan simpanan makanan, setor gelap dan celahan dinding bangunan.
·         Oleh yang demikian, membersihkan tempat berkenaan dapat menghindarkan dari menjadi tempat perlindungan.

2. Menggunakan racun tikus
·         Pelbagai racun yang ada di pasaran dan racun yang paling baik adalah racun yang digunakan secara campuran dengan makanan.
·         Jenis-jenis racun adalah seperti:
Ø  Red squill – campuran racun dengan makanan.
Ø  Thaltium – campuran racun dan makanan
Ø  Zinc phosphate
Ø  Sodium fluoracetamide
Ø  Phosphorus yellow
Ø  Arsenic trioxide
Ø  Barium carbonate

3. Menggunakan Perangkap

Pengunaan perangkap untuk satu-satu masa mungkin mengena tetapi mungkin gagal.

Antara perangkap yang ada di pasaran ialah :
Ø  Cage type – perangkap sarang
Ø  Back break type – perangkap patah belakang
Ø  Tangle food board – perangkap gantung makanan

4. Kawalan biologi secara semulajadi

a)      Pelihara kucing atau musang.
b)      Ular dan lain-lain binatang yang memakan tikus
c)      Bakteria dan parasit.


ANAI – ANAI (TERMITES)

Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera.

Habitat:
Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya.

Makanan:
Anai-anai boleh merosakkan struktur kayu seperti rangka tingkap, lantai kayu dan rangka pintu. Haiwan ini bermula dari bawah tanah dan ia suka di celah kayu kerana tidak suka terkena matahari atau cahaya. Ia mempunyai permaisuri yang membiakkan anai-anai itu.

Cara Kawalan Anai-anai

1. Spot treatment

Kaedah ini merupakan salah satu cara yang berkesan yang perlu dilakukan dengan teliti, agar semua serangan anai yang aktif akan dapat dihapuskan melalui tersebarnya racun yang disuntik didalam setiap laluannya.

2. Semburan soil treatment
Kaedah ini merupakan pencegahan langkah awal sebelum sesebuah bangunan atau kediaman didirikan. Semburan ini wajib dilakukan ditapak bangunan baru sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan. Tujuan rawatan ini dijalankan ialah menghalang serangan anai-anai daripada naik melalui dinding bangunan tersebut.

3. Drilling Method / Corrective Soil Treatment

Salah satu rawatan serangan serangga anai-anai jenis ini memerlukan sedikit kemahiran dan kepakaran dimana rawatan ini akan dijalankan dengan kaedah "Drilling Method". Setiap lantai disepanjang dinding hendaklah ditebuk dengan menggunakan mesin gerudi. Tujuannya ialah, setiap lubang yang dibuat perlu disuntik dengan bahan kimia / racun menghapuskan serangga anai-anai. Kaedah ini adalah cara yang paling berkesan yang dapat menghapuskan serangga anai-anai dari bawah tapak sesebuah bangunan rumuah / kediaman.

 
4. Jika serangannya agak sedikit atau hanya pada tempat tertentu, ada juga cara kawalan yang mudah dan murah boleh digunakan. Contohnya dengan menyediakan air panas mendidih dan siram ke kawasan yang diserang itu.

Dengan cara ini, koloni anai-anai, sarang termasuk telurnya akan mati dan binasa dalam masa beberapa saat.

5. Menggunakan minyak hitam yang disapukan kepada benda berkayu bagi bertujuan mengelakkan serangan anai-anai.

6. Jika berlaku banjir, segera keringkan kawasan itu sama ada menyalurkan air keluar ataupun menggunakan mesin pengering khas bagi mengurangkan kelembapan.

Ini kerana tempat yang lembap dan sejuk menjadi habitat paling sempurna bagi anai- anai sebelum ia mengerahkan askar-askarnya menyerang bahagian kediaman anda yang lain.

7. Jika ada rekahan kecil pada bahagian dinding, segera masukkan ubat atau lakukan semburan berkala di situ.

No comments:

Post a Comment