d' YOUTH APPRENTICE

Sunday 29 July 2012

LEGAL CONTROL DRUG

NOTA PENGAJARAN

SUBJEK: BASIC PHARMACOLOGY
TOPIK: LEGAL CONTROL DRUG (POISONS ORDINANCE)
Objektif Am: Memberi pengetahuan dan kefahaman berkenaan dengan Dangerous Drug Act / Poison Ordinance.
Objektif khusus
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelatih dapat :-
  1. Mendefinisikan Dadah Merbahaya.
  2. Menyenaraikan dadah merbahaya di bawah kawalan Akta Dadah Merbahaya 1952 (DDA)
  3. Menyenaraikan sebab-sebab penyalahgunaan dadah
  4. Menerangkan penyimpanan ubatan DDA.
  5. Menerangkan pemberian ubatan DDA.
  6. Menerangkan cara-cara merekod penggunaan ubatan DDA.

Objektif
Isi kandungan
1.    Mendefinisikan Dadah Merbahaya.

Beberapa istilah yang perlu diketahui:-
i.      Dadah Merbahaya
Dadah merbahaya adalah semua bahan kimia yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama Bahagian l hingga Bahagian IV, Akta Dadah Merbahaya 1952, (Semakan 1980).

ii.     Racun
Bahan yang mana apabila dimakan, disedut, disapu, disuntik, diserap dan terbentuk di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan kepada tisu-tisu badan oleh tindakan kimianya.

iii.    Psikotropik
Ubatan yang memberi kesan tekanan ke atas pemikiran seseorang. (senarai ubat-ubatan ialah seperti Jadual ketiga, Akta Racun 1952).

Jenis klasifikasi ubat-ubatan
Terbahagi kepada 3 :
  1. Ubatan Piawaian (Standard drugs)
-          diberikan terus dari stor/makmal ubat  -dibahagikan, diedar dan dihantarkan ke hospital.
-          Boleh didapati di hospital, wad dan farmasi.

  1. Ubat-ubatan bukan piawaian (Non-standard drugs)
-          dipesan khas atas arahan pakar/pegawai yang berkuasa.
-          Penggunaannya terhad (ubat dalam senarai List A)
-          Perlu Local Perchase Order(P/S) e.g antibiotik


  1. Ubat/ Dadah merbahaya
-          Dalam jadual/Ordinan Dadah Merbahaya 1952.
-          Dikawal kerana membawa kepada kesan ketagihan.
-          Dipengaruhi oleh peraturan Ordinan Racun dengan kawalan yang lebih ketat.  
E.g :Pethidine, Morphine
2.    Menyenaraikan dadah merbahaya di bawah kawalan Akta Dadah Merbahaya 1952 (DDA)

1.    Analgesics (Narcotic)
i.      Morphine Sulphate 10 mg/ml
ii.     Morphine HCL 10 mg / 5ml Solution
iii.    Pethidine HCL 50 mg /ml

2.    Analgesics medium
i.      Dehydrocodeine Tartrate 30 mg / tab (DF 118)
ii.     Nalbuphine HCL 10 mg / ml Inj. (Nubain)

3.    Tranquillisers / Hypnotics / sedatives
i.      Midazolam 7.5 mg / tab (Dormicum)
ii.     Midazolam  5 mg / ml Inj. (Dormicum)
iii.    Diazepam 5 mg / tab (Valium)
iv.   Diazepam 10 mg / 2 ml inj. (Valium)
v.    Syrup Chloral Hydrate 200 mg / ml

4.    Anticonvulsants
i.      Phenobarbitone 30 mg / tab (Luminal)
ii.     Phenobarbitone Sodium 200 mg / ml Inj. (Gardenal)

3.    Menyenaraikan sebab-sebab penyalahgunaan dadah

Penyalahgunaan Dadah
Pengggunaan ubat-ubatan, bahan-bahan psikotropik, dadah merbahaya
a)    secara haram
b)    Bukan tujuan perubatan
c)    Tanpa nasihat pegawai perubatan/farmasi yang akan memberi kesan buruk kepada kesihatan dan fungsi sosial.

4.    Menerangkan penyimpanan ubatan DDA.

1.    Disimpan dalam almari khas bertanda DDA (berkunci)

2.    Ia mesti diasingkan dari ubat lain dan dalam “double lock comparment” untuk menentukan keselamatannya.

3.    Stok ubat dikira setiap hari. Sebarang kerosakan atau kehilangan ubat perlu dicatat dan dilapurkan dalam rekod DDA. Periksa tarikh luputnya guna yang hampir tempoh luput dahulu.

4.    Semua pesanan dan penerimaan ubat DDA perlu diperiksa dan dikira oleh kakitangan yang telatih contohnya jururawat terlatih. Serahkan bersama dengan buku rekod DDA ke farmasi untuk diperiksa oleh pegawai farmasi sebagai pengesahan pelarasan baki ubat dadah merbahaya.

5.    Ahli farmasi akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa bersama-sama dengan jururawat.
      Untuk memastikan jururawat menjalankan tanggungjawab mereka terhadap penyimpanan ubatan.

6.    Semua ampoule DDA yang kosong perlu dikembalikan kepada farmasi untuk pembekalan ubat yang baru.

7.    Jika ampoule terpecah, ia perlu disimpan kepingan kacanya dan dapatkan saksi untuk sahkan kejadian itu secara bercatit.

8.    Tidak dibenar menggunakan pemadam pada catitan jika berlakunya kesilapan / kesalahan tetapi hanya lukis garis untuk batalkan dan tandatangan untuk mengesahkan.

9.    Dadah merbahaya yang telah luput tarikhnya, perlupusan akan dilakukan oleh pegawai farmasi dan dicatit dalam buku DDA.

5.    Menerangkan pemberian ubatan DDA.

1.    Arahan pemberian ubat hanya boleh dibuat secara bertulis oleh seorang doktor. 
2.    Arahan melalui telefon boleh diterima dalam keadaan kecemasan dan diikuti dengan tandatangan doktor dalam tempoh 24 jam.
3.    Jururawat bertanggungjawab menyemak preskripsi sebelum pemberian untuk memastikan 7 R.
-          The Right drug
-          In the Right dose
-          To the Right patient
-          At the Right time
-          By the Right route
-          Right documentation
-          Client Right to refuse
4.    Setiap pemberian ubat perlukan dilakukan oleh seorang jurarawat dan disemak oleh seorang jururawat terlatih yang lain.
6.    Menerangkan cara-cara merekod penggunaan ubatan DDA.

Pemberian ubat perlu dicatat dalam ‘Rekod DDA’ yang menyatakan :-
-          Tarikh/Masa
-          Nama pesakit
-          Nombor pendaftaran pesakit
-          Wad
-          Nama ubat
-          Dosage
-          Jumlah baki ubat
-          Nama jururawat yang memberi dan saksinya
          Rasional : - Rekod yang lengkap dan tepat 
                             memudahkan tugas jururawat
                           - Mengesan penyalahgunaan dadah.


No comments:

Post a Comment