NOTA KULIAH SEM 1
d' YOUTH APPRENTICE
Wednesday, 8 August 2012
Sunday, 29 July 2012
LEGAL CONTROL DRUG
NOTA PENGAJARAN
SUBJEK: BASIC PHARMACOLOGY
TOPIK: LEGAL CONTROL DRUG (POISONS
ORDINANCE)
Objektif Am:
Memberi pengetahuan dan kefahaman berkenaan
dengan Dangerous Drug Act / Poison
Ordinance.
Objektif khusus
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelatih dapat :-
- Mendefinisikan Dadah Merbahaya.
- Menyenaraikan
dadah merbahaya di bawah kawalan Akta Dadah Merbahaya 1952 (DDA)
- Menyenaraikan
sebab-sebab penyalahgunaan dadah
- Menerangkan
penyimpanan ubatan DDA.
- Menerangkan
pemberian ubatan DDA.
- Menerangkan
cara-cara merekod penggunaan ubatan DDA.
|
Objektif
|
Isi
kandungan
|
|
1.
Mendefinisikan
Dadah Merbahaya.
|
Beberapa istilah yang perlu
diketahui:-
i. Dadah
Merbahaya
Dadah merbahaya adalah semua bahan kimia yang disenaraikan
di dalam Jadual Pertama Bahagian l hingga Bahagian IV, Akta Dadah Merbahaya
1952, (Semakan 1980).
ii. Racun
Bahan yang mana apabila dimakan, disedut, disapu, disuntik,
diserap dan terbentuk di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan kepada
tisu-tisu badan oleh tindakan kimianya.
iii. Psikotropik
Ubatan yang memberi kesan tekanan ke atas pemikiran
seseorang. (senarai ubat-ubatan ialah seperti Jadual ketiga, Akta Racun
1952).
Jenis klasifikasi ubat-ubatan
Terbahagi kepada 3 :
-
diberikan terus dari stor/makmal ubat -dibahagikan, diedar dan dihantarkan ke
hospital.
-
Boleh didapati di hospital, wad dan farmasi.
-
dipesan khas atas arahan pakar/pegawai yang berkuasa.
-
Penggunaannya terhad (ubat dalam senarai List A)
-
Perlu Local Perchase Order(P/S) e.g antibiotik
-
Dalam jadual/Ordinan Dadah Merbahaya
1952.
-
Dikawal kerana membawa kepada kesan
ketagihan.
-
Dipengaruhi oleh peraturan Ordinan
Racun dengan kawalan yang lebih ketat.
E.g
:Pethidine, Morphine
|
|
2. Menyenaraikan
dadah merbahaya di bawah kawalan Akta Dadah Merbahaya 1952 (DDA)
|
1. Analgesics (Narcotic)
i. Morphine Sulphate 10 mg/ml
ii. Morphine HCL 10 mg / 5ml Solution
iii. Pethidine HCL 50 mg /ml
2. Analgesics medium
i. Dehydrocodeine Tartrate 30 mg / tab (DF 118)
ii. Nalbuphine HCL 10 mg / ml Inj. (Nubain)
3. Tranquillisers / Hypnotics / sedatives
i. Midazolam 7.5 mg / tab (Dormicum)
ii. Midazolam 5 mg / ml
Inj. (Dormicum)
iii. Diazepam 5 mg / tab (Valium)
iv. Diazepam 10 mg / 2 ml inj. (Valium)
v. Syrup Chloral Hydrate 200 mg / ml
4. Anticonvulsants
i. Phenobarbitone 30 mg / tab (Luminal)
ii. Phenobarbitone Sodium 200 mg / ml Inj. (Gardenal)
|
|
3. Menyenaraikan
sebab-sebab penyalahgunaan dadah
|
Penyalahgunaan Dadah
Pengggunaan ubat-ubatan, bahan-bahan
psikotropik, dadah merbahaya
a) secara
haram
b) Bukan
tujuan perubatan
c) Tanpa
nasihat pegawai perubatan/farmasi yang akan memberi kesan buruk kepada
kesihatan dan fungsi sosial.
|
|
4. Menerangkan
penyimpanan ubatan DDA.
|
1. Disimpan dalam almari khas bertanda DDA (berkunci)
2. Ia mesti diasingkan dari ubat lain dan dalam “double lock comparment”
untuk menentukan keselamatannya.
3. Stok ubat dikira setiap hari. Sebarang kerosakan atau kehilangan ubat
perlu dicatat dan dilapurkan dalam rekod DDA. Periksa tarikh luputnya guna
yang hampir tempoh luput dahulu.
4. Semua pesanan dan penerimaan ubat DDA perlu diperiksa dan dikira oleh
kakitangan yang telatih contohnya jururawat terlatih. Serahkan bersama dengan buku rekod DDA ke farmasi untuk diperiksa oleh
pegawai farmasi sebagai pengesahan pelarasan baki ubat dadah merbahaya.
5. Ahli farmasi akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa
bersama-sama dengan jururawat.
Untuk memastikan jururawat menjalankan
tanggungjawab mereka terhadap penyimpanan ubatan.
6. Semua ampoule DDA yang kosong perlu dikembalikan kepada
farmasi untuk pembekalan ubat yang baru.
7. Jika ampoule terpecah, ia perlu disimpan kepingan kacanya
dan dapatkan saksi untuk sahkan kejadian itu secara bercatit.
8. Tidak dibenar menggunakan pemadam pada catitan jika
berlakunya kesilapan / kesalahan tetapi hanya lukis garis untuk batalkan dan
tandatangan untuk mengesahkan.
9. Dadah merbahaya yang telah luput tarikhnya, perlupusan akan
dilakukan oleh pegawai farmasi dan dicatit dalam buku DDA.
|
|
5. Menerangkan
pemberian ubatan DDA.
|
1. Arahan pemberian ubat hanya boleh dibuat secara bertulis
oleh seorang doktor.
2. Arahan melalui telefon boleh diterima dalam keadaan
kecemasan dan diikuti dengan tandatangan doktor dalam tempoh 24 jam.
3. Jururawat bertanggungjawab menyemak preskripsi sebelum
pemberian untuk memastikan 7 R.
-
The Right drug
-
In the Right dose
-
To the Right patient
-
At the Right time
-
By the Right route
-
Right documentation
-
Client Right to refuse
4. Setiap pemberian ubat perlukan dilakukan oleh seorang
jurarawat dan disemak oleh seorang jururawat terlatih yang lain.
|
|
6. Menerangkan
cara-cara merekod penggunaan ubatan DDA.
|
Pemberian ubat perlu dicatat dalam ‘Rekod DDA’ yang
menyatakan :-
-
Tarikh/Masa
-
Nama pesakit
-
Nombor pendaftaran pesakit
-
Wad
-
Nama ubat
-
Dosage
-
Jumlah baki ubat
-
Nama jururawat yang
memberi dan saksinya
Rasional : - Rekod yang lengkap dan
tepat
memudahkan tugas
jururawat
- Mengesan
penyalahgunaan dadah.
|
Wednesday, 18 July 2012
FARMAKOLOGI
FARMAKOLOGI
ASAS
Objektif
Pembelajaran:
- Nyatakan istilah dalam bidang farmakologi
- Nyatakan jenis persediaan farmaseutikal
- Nyatakan kumpulan ubat
- Singkatan yang biasa digunakan dalam arahan
pemberian ubat-ubatan
5. Kiraan dosej ubat
ISTILAH-ISTILAH
Farmakologi
•
Satu kajian berkaitan
dengan dadah (ubatan). Ini termasuk :
•
punca dadah, struktur
kimia, persediaan, cara menggunakan, tindakan dan pembuangan dadah tersebut.
Ubat /drug
•
Merupakan
persediaan-persediaan yang digunakan untuk merawat mencegah ataupun meringankan gejala penyakit.
•
Persediaan-persediaan
ini boleh mengandungi racun ataupun tidak.
RACUN
•
Bahan yang mana
apabila dimakan , disedut disapu,
disuntik , diserap dan terbentuk di dalam badan dalam jumlah yang sedikit boleh
menyebabkan kerosakan kepada tisu-tisu badan oleh tindakan kimianya.
•
Racun adalah
bahan-bahan kimia yang disenaraikan dibawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
DADAH
•
Dadah ialah semua
bahan-bahan kimia yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama Bahagian 1 hingga Bahagian
IV, Akta Dadah Merbahaya 1952 (semakan 1980)
PSIKOTROPIK
•
Ubat-ubatan yang
memberi kesan tekanan atas pemikiran seseorang.
THERAPEUTIK
•
Penggunaan dadah
dalam rawatan atau mengubati pelbagai penyakit dengan tindakan dadah itu
DISPENSING
•
Persediaan dadah
secara saintifik supaya dadah itu sesuai dan selamat untuk digunakan.
SIDE EFFECTS
•
Ini didapati bagi
sesetengah dadah, biasanya seseorang yang mengambil dadah itu akan mengalami
kesan sampingan seperti pening kepala, loya muntah selepas makan dadah itu.
•
Seseorang itu juga
boleh mendapat kesan sampingan yang serius dan membawa maut.
TOLERANCE
•
Tahap keupayaan
penerimaan dadah bagi seseorang untuk memberi kesan yang sama , dimana sebelum
ini hanya memerlukan dosej yang sedikit /rendah.
•
Ini berlaku kepada
individu yang terlalu kerap mengambil dadah.
ADDICTION
•
Ketagihan
•
Individu yang hidupnya bergantung kepada dadah dari segi fizikal dan
mental.
ALLERGY/ALAHAN
•
Individu yang terlalu
sensitif kepada sesuatu jenis dadah
•
Misalnya setelah menggunakan
dadah itu dia mendapat ruam, urticaria dan gatal-gatal.
IDIOSYNCRASY
•
Reaksi tidak normal
yang terdapat pada seseorang setelah memakan dadah yang mempunyai dosaj yang
biasa. Misalnya pesakit mengambil dadah
Tranqulizer sebagai sedatif tetapi menyebabkan excitement.
PHARMACOPOEIA
·
Buku yang mengandungi senarai dadah yang digunakan di bidang perubatan
dengan butir-butir berkenaan formula, persediaan dan dosej.
JENIS-JENIS PERSEDIAAN FARMASEUTIKAL
Ini adalah punca dan kandungan (constituent) dadah atau ubatan:
1.
Tablet
•
ubat tepung yang telah dimampatkan
diberi melalui mulut (orally
2.
Kapsul ( capsule )
Ubat serbuk yang diisi ke dalam sarung yang biasanya diperbuat dari
gelatin.
ditelan dengan air.
3.
Pill
ubat tepung yang dibulatkan
4.
Sirap
ubat cecair yang dicampurkan dengan gula
5. Elixir
Persediaan yang mengandungi alcohol atau gliserin yang digunakan sebagai
sarana untuk ubat pahit atau yang menyebabkan rasa loya.
6.
Linctus
Ubat cecair yang mengandungi bahan-bahan yang
manis untuk melegakan batuk diminum perlahan-lahan tanpa air atau selepas minum
air.
7.
Campuran ( mixture )
ubat cecair yang mengandungi beberapa jenis
ubat atau dadah yang telah dicairkan / dilarutkan dalam air.
8. Lozenges
sejenis ubat yang berasaskan gula dengan bahan
antiseptic
kulum ( suck ) perlahan-lahan.
9 .Emulsi
sejenis persediaan suspensi yang bercampur air
dan minyak
ada sejenis emulsi yang disapu di luar badan.
ada jenis emulsi yang boleh dimakan seperti
‘cod liver oil’
10. Suppositori
Persediaan ubat-ubatan pepejal yang berbentuk
kon untuk dimasukkan ke dalam anus
11. Pessary
Persediaan plastic atau logam atau berubat dimasukkan ke dalam vagina.
12. Ointmen
sejenis persediaan yang berminyak dan mengandungi
ubat
digunakan untuk sapuan pada kulit atau mukus
membran
biasa di masukkan dalam tiub.
13. Collodion
Satu persediaan yang mengandungi tidak lebih
dari 1% Pyrocillin
merupakan satu larutan jernih atau keruh sedikit dan lekat
14. Lotion
Sejenis persediaan cecair untuk disapu di
kulit
15. Liniment
Persediaan cecair emulsi atau
separuh pepejal berminyak dan alkohol digunakan untuk menggosok di
kulit .
16. Krim
Disapu pada kulit
17. Ampul
Ubat serbuk atau cecair yang dimasukkan ke
dalam bekas kaca kecil
diberi melalui suntikan
18. Vail
·
ubat serbuk dimasukkan ke dalam kaca kecil
·
perlu dilarutkan dengan air suling
·
diberi melalui suntikan
19. Penyembur
aerosol
disedut melalui sistem pernafasan
20. Inhalan
Hidu wap air panas yang telah dicampur dengan
ubat ke dalam paru-paru
21. Ubat titis ( guttae )
•
ubat dalam bentuk cecair
•
dititiskan ke dalam bahagian yang diarahkan – hidung , telinga dan mata.
KUMPULAN – KUMPULAN UBAT
A. UBAT-UBAT YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM SARAF
1.Analgesik
•
Adalah ubat yang boleh melegakan/mengurangkan rasa sakit tanpa mengganggu
kesedaran
•
dibahagikan kepada 2 bahagian:
i.
Analgesik lemah
•
Untuk melegakan rasa sakit yang ringan atau sakit yang sederhana kuat
•
contoh ubat: Paracetamol ( Panadol
)
Kesan
sampingan
•
boleh merosakkan buah pinggang jika lama digunakan
•
boleh merosakkan hati jika dos berlebihan.
ii.
Analgesik narkotik
•
digunakan untuk melegakan sakit yang kuat
•
contoh ubat: morphine Codeine fosfat
Kesan
sampingan
•
Ketagihan
•
Khayal
•
Mempunyai kesan toksik
2. UBAT ANAESTISIA
•
Berkuasa menghilangkan kesedaran dan perasaan dengan sepenuhnya
•
Contoh ubat: Ketamin Hidroklorida
Kesan
sampingan
•
Meromokkan system saraf pusat
•
Anaestisik setempat
•
untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat disuntik atau disapu
Contoh
ubat: Lignocaine
3. SEDATIF
•
Agen yang boleh mententeramkan seseorang
•
tidak menyebabkan tidur tetapi boleh menyebabkan mengantuk
•
digunakan untuk menghilangkan perasaan risau dan gelisah.
•
contoh ubat : Pentobarbitone
4. TRANQUILIZERS
•
ubat penenteram
•
memadamkan reaksi emosi dengan tidak menghilangkan kesedaran diri.
•
Contoh ubat: Chloropromazine
Kesan
sampingan:
•
mengantuk
•
mulut kering
•
jaundis
5. ANTIKONVULSAN
•
ubat merawat sawan
•
contoh ubat: Phenytoin sodium (
dilantin )
Kesan
sampingan:
•
mual , pening
•
gatal-gatal kulit
•
bengkak gusi
•
pergerakan yang kurang koordinasi
•
demam panas.
6. ANTIDEPRESAN
•
meningkatkan emosi
•
contoh ubat: Imipramine
Hidrokloride
Kesan
sampingan:
•
sembelit, mulut kering
•
penakungan kencing
•
kabur penglihatan
B. UBAT-UBAT YANG BERTINDAK
KE ATAS SISTEM PENCERNAAN.
1. ANTASID
•
Bahan yang mengurangkan kekuatan asid hidroklorik yang terdapat di dalam
gaster
•
juga untuk melegakan kesakitan dan gejala-gejala penyakit akibat
berlebihan asid atau pepsin dalam gaster seperti penyakit ulser di gaster
•
bertindak dengan cara : Peneutralan/menawar
menghalang penyerapan
•
contoh ubat : Tablet Gelusil,
Tablet Actal, Magnesium Trisilikat
•
kesan sampingan : Sembelit, cirit
birit
2. UBAT PENCAHAR / JULAP /
APERIEN
•
menggalakkan pembuangan najis ( air besar ) atau sembelit
•
Contoh ubat: Bisacodyl (Dulcolax )
3. ANTISPASMODIK
•
Ubat penahan perut atau usus memulas
•
Mengurangkan spasma otot perut atau usus
•
Contoh ubat: Atropine Sulfat, Hyoscine
Kesan sampingan:
•
Penglihatan terganggu
•
Mulut kering
4. ANTI-DIARREALS
Untuk merawat cirit birit
. Jika disebabkan oleh makanan
yang dicemari oleh kuman
. Jika disebabkan oleh jangkitan:
•
Contoh ubat : Thalazole
Kesan sampingan: gatal-gatal
kulit
5.EMETIK
•
Agen pemuntah
•
Untuk mengeluarkan isi perut misalnya apabila termakan racun
Contoh ubat :
Apomorphine HCL
6. KARMINATIF
•
Untuk menggalakkan pembuangan gas-gas dari perut dan usus.
Contoh
agen :
•
Minyak pepermin
•
Halia
6. ANTIHELMIN
•
Merawat parasit usus
•
Contoh ubat :
•
Piperazine
Kesan
sampingan : Najis berwarna merah
Muntah
•
Mebendazole ( Vermox )
Kesan
sampingan : Cirit birit
C. UBAT-UBAT YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM PERNAFASAN
1.PENAHAN
BATUK ( COUGH SUPPRESSANTS )
•
untuk menekan / menahan batuk yang tidak berkahak
Contoh ubat :
•
Codeine Linctus
•
Linctus Phensedyl
Kesan
sampingan: Mual, muntah, sembelit
2.EKSPEKTORAN
•
Untuk menggalakkan batuk
•
digunakan untuk melegakan dada dari kahak yang pekat
•
Contoh ubat: Ammonium Klorida
•
Kesan sampingan: Mual, muntah,
dahaga, sakit kepala dan mengantuk
3.ANTI-ASMA
•
Ubat untuk merawat penyakit asma
•
Jenis : Bronkodilator
•
Untuk membesarkan salur pernafasan yang menjadi sempit
Bentuk persediaan :
•
Inhalasi aerosol
•
Semburan
•
Suntikan
Contoh ubat:
Aminophylline
Kesan sampingan: Mual dan muntah jika diberi melalui mulut,
sawan, Aritmia dan hipotensi
D. ANTIBIOTIK
•
Dihasilkan daripada mikro organisma/bacteria atau bahan-bahan yang
diproses secara kimia
•
Membunuh atau mencegah pembiakan bakteria lain walapupun dalam kepekatan
yang rendah
Dikelaskan
kepada:
1. Antibiotik berkuasa luas (
broad spectrum )
–
Berkesan terhadap banyak jenis organisma
–
Contoh ubat : Tetracycline
Chloramphenicol ( C.M.C )
2. Antibiotik berkuasa terhad
( narrow spectrum )
•
berkesan terhadap sebilangan kecil bacteria
•
Contoh ubat : Penisilin
Erythromycin
E. UBAT-UBAT
YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM KARDI-VASKULAR DAN DARAH
1.DIGITALIS
•
Ubat yang bertindak ke atas sistem jantung
•
Merangsangkan miokardium untuk mennambahkan kekuatan dan kadar
penguncupan
•
Melambatkan denyutan jantungContoh ubat:
tablet / suntikan Digoxin
•
Kesan sampingan: Hilang selera
makan, mual, muntah. sakit abdomen, cirit birit, pergerakan jantung yang
perlahan
•
Denyutan apeks pesakit mestilah dimonitor sebelum pemberian ubat ini
sebelum pemberian ubat ini untuk mengelak dari kesan sampingan. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit jika
kadar denyutan jantung adalah 60 denyutan atau lebih.
2. ANTIHIPERTENSI / HIPOTENSI
•
Untuk menurunkan tekanan darah
•
Contoh ubat : Metildopa ( Aldomet
)
•
Kesan sampingan : Mengantuk,
resah, kering mulut.
Subscribe to:
Posts (Atom)









