d' YOUTH APPRENTICE
Showing posts with label NOTA PERAWATAN AM SEMESTER 1. Show all posts
Showing posts with label NOTA PERAWATAN AM SEMESTER 1. Show all posts

Saturday, 19 May 2012

PEMERHATIAN DAN PEUPUSAN SPESIMEN

NOTA KULIAH SEM 1

PEMERHATIAN KE ATAS SIFAT-SIFAT DAN CARA-CARA PELUPUSAN SPESIMEN

Dalam prinsip-prinsip pengambilan spesimen salah satu prinsipnya ialah untuk melakukan pemerhatian ke atas spesimen. 

Tujuannya adalah untuk mengesan keabnormalan.

Pemerhatian spesimen urin
Urin yang normal mengandungi :-
·        96% air dan 4% bahan-bahan terlarut
·        bahan-bahan terlarut organik adalah urea, amonia, kreatinin dan asik urik
·        bahan-bahan terlarut bukan organik, adalah natrium, klorida, kalium, sulfat, magnesium dan fosferus.
Berikut adalah sifat-sifat urin yang anda perlu anda perhatikan dari segi:-
a.     amaun
b.     warna
c.      bau
     d.  pH

a.  Amaun/Isipadu
amaun urin berbeza diantara individu.  Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pengambilan cecair, pemakanan, perpeluhan, suhu persekitaran, perdarahan, tekanan darah, ubat-ubatan dan beberapa jenis penyakit.

Amaun urin yang dikeluarkan oleh badan biasanya adalah dalam lingkungan 800-1500ml dalam masa 24 jam untuk seorang dewasa (lebih kurang 250-400ml setiap kali kencinga)

Jika amaun yang dikeluarkan dibawah 30 ml sejam bagi seorang dewasa anda perlu laporkan dengan segera. 
Bagi kanak-kanak, amaun urin yang dikeluarkan adalah dalam lingkungan 300-1500ml dalam 24 jam (1mlper kg/berat badan/24 jam)

b.  Warna
Warna urin yang biasa adalah warna kekuningan (Amber colour) dan jernih
Warna kuning pada uri boleh berlaku akibat beberapa sebab:-
i.  berwarna kuning muda/amber muda akibat pengambilan cecairan yang berlebihan
ii. berwarna pekat/amber tua disebabkan kekuranan pengabilan cecair, dehidrasi
iii. berwarna oren tua disebabkan ubat seperti Rifampicin
iv. Berwarna kemerahan atau coklat tua (Smoky) disebabkan urin mengandungi darah akibat daripada hematuria.  Boleh berlaku jika ada kecederaan atau penyakit sistem urinari
v.  Keruh (cloudy) akibat daripada kehadiran bahan-bahan seperti albumin, nanah

Cara pelupusan

Semua spesimen urin pesakit hendaklah dilupuskan mengikut polisi pihak hospital/institusi dimana anda ditempatkan

Sifat-sifat Feses

a.  Amaun atau kuantiti
Amaun atau banyaknya feses yang dikeluarkan oleh badan berbeza mengikut pengambilan makanan.  Biasanya amaun atau banyaknya feses yang dikeluarkan oleh badan berbeza mengikut pengambilan makanan.  Biasanya amaun adalah diantara 100-400 gm dalam sehari.
Feses bertambah dalam amaun jika:
·        pengambilan banyak makanan yang berfiber atau selulos, contohnya :-
makanan yang tinggi dengan fiber ialah sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin
·        semasa cirit birit jika ada gangguan di usus
amaun feses berkurangan jika:
·        kurang mengambil makanan yang berfiber
·        kehilangan banyak cecair dalam keadaan muntah-muntah.

b.  Warna
Feses orang dewasa biasanya berwarna perang.  Warna perang disebabkan:
·        terdapat bilirubin, iaitu pigmen hempedu
pigmen bilirubin yang berwana merah dalam hempedu, ditukar ke urobilin dan stercobilin oelh enx=zim bakteria dalam usus.  Contohnya bakteria-bakteria yang biasa didapati di usus ialah escherichia coli, Escherichia Aerogeus dan Staphylococci.


Warna najis bayi yang baru lahir:
·        ialah hijau tua
·        juga dikenali sebagai meconium
·        warnanya menjdai kekuningan apabila bayi mula mnyusu.

Warna najis yang dipengaruhi oleh ubat-ubatan:
·        ubat zat besi akan menyebabkan najis berwana hitam
·        ubat antasid menghasilkan najis yang berwarna keputihan

Warna tanah liat (clay) atau pucat:
·        menunjuk tiada hempedu dalam najis.  Keadaan ini berlaku apabila ada kesekatan di duktus hempedu.  Contohnya batu karang hempedu, jaundis obstruktif yang disebabkan batu karang hempedu/kolitiatis.
Warna hijau dan cair
·        biasanya terdapat dalam keadaan gastro enteritis iaitu inflamasi di gaster dan usus yang menyebabkan cirit birit terutamanya dikalangan kanak-kanak

Warna hitam seperti minyak tar dan berkilat
·        menunjukkan pendarahan di bahagian atas salur penghadaman.  Contohnya pendarahan dari ulser peptik berwarna hitam oleh sebab tindakan enzim-enzim penghadaman ke atas darah.  Najis ini dikenali sebagai melena.

Warna berjalur/bercampur darah
·        menunjukkan pendarahan dari salur penghadaman bahagian bawah.  Contohnya dari rektum atau pendarahan dari buasir (haemorrhoid) – distensi vena-vena di rektum

Warna keputih-putihan
·        terdapat dalam penyakit kolera.  Dikenali sebagai najis air beras

Warna ‘green-pea soup’
·        najis yang terdapat dalam penyakit tifoid.

Warna jeli merah
·        pengeluaran jeli merah dengan feses dalam pesakit dengan gangguan intususepsi

c.  Konsistensi
Najis normal biasanya lembut, terbentuk dan lembab.  Penghasilan najis yang normal memerlukan penyerapan cecair yang cukup
Kekurangan pengambilan air atau diet yang berprotein tinggi akan menghasilkan najis yang keras dan susah dikeluarkan.  Kesukaran membuang air besar dipanggil sembelit (constipation)
Najis yang cair, berlendir, tidak terbentuk dan membuang air besar kerapkali dalam sehari dikenali sebagai diarea atau cirit-birit.  Keadaan ini berlaku akibat bertambahnya pergerakakn peristalsis atau akibat infeksi oleh bakteria.
Contohnya Salmonella Shigela.

d.  Bentuk
biasanya bentuk bujur mengikut ruang rectum terbentuk seperti riben menunjukkan sekatan dibahagian hujung usus.  Contohnya tumbuhan di rektum
Dikalangan bayi, najis yang berbentuk riben menunjukkan keadaan kongenital iaitu penyakit “Hirschprung’ (ketiadaan sel-sel ganglion di sebahagian usus).

e.  Bau
Bau najis adalah bau tertentu.  Bau najis bergantung terhadap jenis makanan yang diambil dan juga oleh tindakan bakteria yang biasa di dapati di usus besar.
Jika bau najis terlalu busuk atau ‘foul smelling’ bermaksud ada infeksi atau darah dalam najis.

f.  Kandungan
Najis terdiri dari bahan-bahan makanan yang tidak boleh dicernakan seperti:
·        makanan yang mengandungi fiber
·        bakteria yang mati
·        sel-sel epitelial
·        lemak
·        protein
·        pigmen hempedu
·        bahan-bahan inorganik seperti kalsium dan fosfat.

Bahan-bahan abnormal yang mungkin didapati dalam najis:
Nanah – menunjukkan infeksi bakteria
Mukus- inflamasi tau radangan di usus
Parsit (cacing) – inffestasi denan parasit seperti cacing
Darah – pendarahan dari trek usus
Lemak dalam kuantiti yang banyak (tidak hadam)- menunjukkan gangguan di dalam penyerapan atau ‘malabsorption’ di usus kecil
Benda-benda asing- penelanan dengan tidak sengaja/sengaja.  Contohnya duit syiling, biji uah-buahan

Pemerhatian dari segi kekerapan juga penting untuk mengenalpasti keadaan-keadaan abnormal.  Kekerapan membuang air besar bergantung kepada faktor-faktor seperti:
·        tabiat seseorang pengambilan cecair dan makanan
·        aktiviti seseorang

Ingatan:
Jika terdapat pemerhatian-pemerhatian atau perubahan-perubahan yang abnormal, laporkan kepada Jururawat terlatih atau Doktor dengan segera.

Pelupusan Feses
1.     Ekskreta feses patutlah dilupus terus ke dalam lubang tandas, yang bersambung kepada saluran ‘sanitary sewer’
2.     jika feses disyaki mengandungi darah atau cecair badan yang berpotensi berjangkit , patuhilah polisi-polisi agensi/hospital untuk pembuangan bahan-bahan kumuh yang berjangkit semasa proses pembuangan dan pembasmian.


Kahak
Kahak adalah mukus yang dihasilkan oleh lapisan membran mukus di trek pernafasan
Sifat-sifat yang perlu diperhatikan di dalam kahak adalah seperti berikut:
1.  Amaun
·        amaun kahak yang dikeluarkan adalah sebanyak 200-400ml dalam 24 jam.  Keluaran kahak yang banyak menunjukkan adanya radangan/infeksi trek pernafasan

2.  Warna
·        warna kahak juga berbeza, (putih diperingkat awal infeksi trek pernafasan)
·        putih dan berbuih – bagi pesakit asma, TB
·        putih kelabu /kekuningan biasanya mengandungi nanah (pyogenik).  Terdapat pada pesakit yang mengalami infeksi pernafasan yang tidak dirawat.
·        Warna peang ( warna karat ) terdapat pada pesakit yang mengalami pneumonia/ infeksi di paru-paru
·        Mengandungi darah, yang masin merah menunjukkan ada pendarahan di bahagian atas trek pernafasan (Hemoptesis).  Biasanya dialami oleh pesakit TB paru-paru diperingkat lewat, barah paru-paru.
·        Jika kahak bercampur darah yang coklat kehitamanaktiviti seseorang

Ingatan:
Jika terdapat pemerhatian-pemerhatian atau perubahan-perubahan yang abnormal, laporkan kepada Jururawat terlatih atau Doktor dengan segera.

3.  Bau
·        Biasanya tidak berbau
·        Bau busuk jika dihasilkan oleh pesakit yang mengalami bronkietasis, abses di paru-paru

4.  Konsistensi
·        Berbeza mengikut jenis penyakit
·        Cair jernih menunjukkan infeksi peringkat awal
·        Lekit, lekat dan purulen menunjukkan peringkat infeksi lewat.

5.  Kandungan
·        Mukus
·        Bakteria
·        Nanah
·        Air liur
·        Darah

Cara pelupusan kahak
Langkah pelupusan kahak adalah sama dengan pelupusan najis.





Ciri –ciri muntahan:
1.  Muntah biasa ia mengandungi makanan separuh hadam bercampur dengan cecair dan mukus dan berbau masam.  Ini menandakan hanya kandungan perut dikeluarkan.

2.  cara muntah dikeluarkan
i.  regurgitasi- berlaku dalam keadaan gastritis, ulser peptik dan semasa 4.  Warna muntahan
a.  berwarna hempedu (bile-stained)
warna muntahan hijau jernih kerana mengandungi cecairhempedu.  Ini menandakan semua isi kendungan perut sudah terkeluar.  Muntah yang dikeluarakan adalah kandungan doudenum

b.  coklat hitam berbau busuk/najis.  Ini berlaku dalam keadaan kesekatan usus

5.  Kandungan
a.  muntah bercampur darah (hematemesis).  Perdarahan yang berlaku di varices esofagus, ulser gaster atau duodenum menyebabkan muntah bercampur dengan darah.

b.  kandungan bercacing.  Keadaan ini boleh berlaku jika seseorang mengalami infestasi cacing.


Faktor-faktor yang menyebabkan muntah
1.  Iritasi di dalam perut
ini berlaku akibat daripada tindakan bahan kimia atau bakteria seperti dalam keadaan keracunan makanan.

2.  Keadaan luar biasa dalam perut
Iaitu penyakit gastritis, mahupun pertumbuhan (kanser) dalm perut dan keadaan stenosis pilorik

3.  Kesekatan usus
Keadaan boleh berlaku selepas pembedahan yang melibatkan usus.  Pergerakan peristalsis mungkin perlahan atau berhenti akibat manipulasi usus semasa pembedahan atau kesan sampingan anestesia.

4.  Tekanan intrakranium meningkat
tekanan yang meningkat ke atas pusat kawalan muntah di medula oblangata akan menyebabkan muntah.  Ini berlaku dalam keadaan meningitis, kecederaan otak dan ketumbuhan diserebrum/serebelum

5.  Rangsangan (stimulasi)
Keadaan-keadaan berikut boleh merangsangkan pusat muntah di otak iaitu:
i.                   tersedut bau busuk    
ii.                 muntah tanpa sebab
    iii.       Projektil – ini berlaku dalam keadaan stenosis pilorik

3.  Amaun dan kekerapan muntah
banyaknya yang dimuntah hendaklah dicatit untuk pengawasan keseimbangan pengambilan
muntah yang berterusan boleh menyebabkan dehidrasi dan malnutrasi
i.   melihat benda-benda yang menjijikkan seperti mayat dan lain-lain
ii.  pening kepala
iii. kesakitan yang terlalu kuat.


Pelupusan muntah
3.     Pelupusan muntah patutlah dilupus terus ke dalam lubang tandas, yang bersambung kepada saluran ‘sanitary sewer’

PENJAGAAN MULUT-MOUTH TOILET

NOTA KULIAH SEM 1

MOUTH TOILET/ PENJAGAAN MULUT

Tujuan Penjagaan Mulut adalah:

1.   Mengekalkan kebersihan mulut, gusi, lidah dan gigi dengan mengeluarkan sisa makanan dari celah-celah gigi.
2.   Mengekalkan kelembapan selaput mukosa mulut.
3.   Mencegah infeksi dan dental ‘caries’.
4.   Menyegarkan mulut dan mencegah halitosis.
5.   Meningkatkan selera makan.

Indikasi – indikasinya diantaranya ialah:

1.   Klien yang tidak berupaya seperti:
a)   Klien tidak sedarkan diri
b)   Klien yang sakit tenat.
c)   Klien yang mempunyai kecacatan anggota atas.
d)   Klien yang lumpuh.

2.   Klien kurang berupaya menjaga kebersihan mulut seperti :
a)   Klien yang dipasang tiub ryles.
b)   Klien yang mengalami kecederaan di bahagian mulut.
c)   Klien yang sedang menerima terapi oksigen.
d)   Klien yang mengalami pembedahan di bahagian mulut.


3.   Klien yang memerlukan penjagaan kebersihan mulut samada dia boleh melakukan sendiri atau perlukan bantuan seperti:
a)   Klien yang demam panas tinggi
b)   Klien yang mengalami dehidrasi
c)   Klien yang tidak dibenarkan makan dan minum melalui mulut.
d)   Klien yang tua dan kurang bertenaga.



Tanggungjawab jururawat dalam prosedur penjagaan mulut.

Sebelum melakukan prosedur:

1.Kenalpasti pesakit yang betul.
    - Tanya nama
    -  Rujuk profil pesakit.

2. Nilai / taksir keadaan mulut pesakit sebelum melakukan prosedur jagaan mulut seperti:
-  Adakah gigi asal atau gigi palsu atau tanpa gigi.

-  Lihat keupayaan pesakit sama ada boleh bantu sendiri ataupun jururawat perlu melakukan prosedur.

-  Periksa keadaan mulut – adakah sangat kotor , bibir kering dan pecah.

3.   Sediakan peralatan dengan lengkap.

4.   Gunakan losyen dan larutan yang betul untuk mengelakan dari merosakkan deria rasa pesakit.

5.   Terangkan tujuan dan prosedur kepada pesakit untuk mendapatkan keyakinan dan kerjasama.

6.   Pilih posisi yang sesuai.

7.   Cuci tangan sebelum prosedur untuk mengelakkan transmisi organisma.

Semasa melakukan prosedur.

1.   Skrinkan katil pesakit untuk memberi privasi.

2.   Posisikan pesakit dalam kedudukan yang sesuai.
Contohnya:-
i.   Semi fowler untuk pesakit yang sedar.
ii.  Lateral untuk pesakit yang kurang upaya / tidak sedarkan diri. Ini adalah  memudahkan pengaliran sekresi dari mulut dan elakkan aspirasi.

3.   Tanggalkan gigi palsu jika ada.

4.   Gunakan satu gauze / swab / lidi kapas bagi setiap pembersihan.

5.   Elakkan daripada menggunakan gauze / swab / lidi kapas yang terlalu lembab untuk mengelak aspirasi

6.   Lakukan pemerhatian pada keadaan mulut, gigi, gusi, lidah pesakit sepanjang masa prosedur.

7.   Lapor jika terdapat sebarang keabnormalan


Selepas melakukan prosedur:

1. Selesakan pesakit

2. Kemaskan sekeliling

3. Bersihkan dan kemaskan semua peralatan

4.  Dokumentasikan keputusan prosedur

5.  Laporkan sebarang keabnormalan.


Keperluaan Peralatan :
Talam yang mengandungi:
i. Kap mackintosh untuk alas dada pesakit
ii.Tuala muka untuk alas dada pesakit.
iii. 1 forsep arteri                dalam satu kidney
iv.1 forsep dissecting         dish.  Kedua-dua
forsep digunakan untuk membalut gauze, memerah swab.  Mencuci mulut  forsep arteri digunakan.
  - 1 gallipot untuk larutan natrium bikarbonat
   ( 1 sudu the natrium bikarbonat + 150ml air).
Vaseline putih untuk lembabkan bibir jika perlu.
iv. 1 gallipot untuk swab dan gauze.
v. Lidi kapas dalam bekas untuk membersihkan celah-celah gigi.
vi.1 bekas losyen kumuran
vii.1 ‘vomit bowl’ untuk menerima kumuran.
viii.1 gallipot untuk gigi palsu jika perlu.



Tata cara penjagaan Mulut:

1.   Beri salam / ucap selamat
2.   Beri penerangan tentang prosedur
3.    Skrinkan katil pesakit
4.    Alaskan kap mackintosh dan tuala kecil menutupi bahagian dada pesakit
5.    Alaskan kap mackintosh dan tuala kecil menutupi bahagian dada pesakit
6.    Cuci tangan secara sosial
7.    Cuci mulut pesakit:
        Beri pesakit kumuran / lembabkan ruang
Mulut dengan losyen kumuran.
        Cuci dengan menggunakan swab yang
Dicelup larutan natrium bikarbonat:
                                                             i.      Bahagian sisi dalam mulut yang jauh.
                                                           ii.      Bahagian sisi dalam mulut yang berdekatan.
                                                        iii.      Gusi dan gigi geraham atas dan bawah dari atas ke bawah dan dari dalam ke luar.
        Ulang sapuan sehingga bersih.
        Cuci lidah dan lelangit dengan menggunakan gauze yang dicelup dengan natrium bikarbonat.
        Cuci celah-celah gigi di bahagian geraham atas dan bawah menggunakan lidi kapas yang dicelup dengan natrium bikarbonat.
-  Cuci dari atas ke bawah dan dari dalam  ke luar
-  Ulang sehingga bersih.
       7.6  Beri kumuran / bilas ruang mulut.
       7.7  Sapu Vaseline di bibir dengan lidi kapas.
8.    Selesakan pesakit
9.   Kemaskan peralatan































Lampiran Tatacara Senarai Semak Penjagaan Mulut
Bil
Langkah Tatacara
Melakukan
Catatan
Ya
Tidak
1.
Beri salam / ucap selamat



2.
Beri penerangan tentang prosedur



3.
Skrinkan katil pesakit



4.
Letakkan pesakit dalam baringan selesa




5.
Alaskan kap makintosh dan tuala kecil menutupi bahagian dada pesakit




6.
Cuci tangan secara sosial




7.
Cuci mulut pesakit:
        Beri pesakit kumuran / lembabkan ruang
Mulut dengan losyen kumuran.
        Cuci dengan menggunakan swab yang
Dicelup larutan natrium bikarbonat:
                                                          iv.      Bahagian sisi dalam mulut yang jauh.
                                                            v.      Bahagian sisi dalam mulut yang berdekatan.
                                                          vi.      Gusi dan gigi geraham atas dan bawah dari atas ke bawah dan dari dalam ke luar.
        Ulang sapuan sehingga bersih.
        Cuci lidah dan lelangit dengan menggunakan gauze yang dicelup dengan natrium bikarbonat.
        Cuci celah-celah gigi di bahagian geraham atas dan bawah menggunakan lidi kapas yang dicelup dengan natrium bikarbonat.
-  Cuci dari atas ke bawah dan dari dalam 
   ke luar
-  Ulang sehingga bersih.
       7.6  Beri kumuran / bilas ruang mulut.
       7.7  Sapu Vaseline di bibir dengan lidi kapas.




8.
Selesakan pesakit



9.
Kemaskan peralatan