d' YOUTH APPRENTICE

Wednesday, 18 July 2012

FARMAKOLOGI


FARMAKOLOGI ASAS

Objektif Pembelajaran:
  1. Nyatakan istilah dalam bidang farmakologi
  2. Nyatakan jenis persediaan farmaseutikal
  3. Nyatakan kumpulan ubat
  4. Singkatan yang biasa digunakan dalam arahan pemberian ubat-ubatan
5.    Kiraan dosej ubat


ISTILAH-ISTILAH

Farmakologi
•         Satu kajian berkaitan dengan dadah (ubatan).  Ini termasuk :
•         punca dadah, struktur kimia, persediaan, cara menggunakan, tindakan dan pembuangan dadah tersebut.

Ubat /drug
•         Merupakan persediaan-persediaan yang digunakan untuk merawat  mencegah ataupun meringankan gejala penyakit.
•         Persediaan-persediaan ini boleh mengandungi racun ataupun tidak.

RACUN
•         Bahan yang mana apabila dimakan , disedut  disapu, disuntik , diserap dan terbentuk di dalam badan dalam jumlah yang sedikit boleh menyebabkan kerosakan kepada tisu-tisu badan oleh tindakan kimianya.
•         Racun adalah bahan-bahan kimia yang disenaraikan dibawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.

DADAH                   
•         Dadah ialah semua bahan-bahan kimia yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama Bahagian 1 hingga Bahagian IV, Akta Dadah Merbahaya 1952 (semakan 1980)

PSIKOTROPIK
•         Ubat-ubatan yang memberi kesan tekanan atas pemikiran seseorang.

THERAPEUTIK
•         Penggunaan dadah dalam rawatan atau mengubati pelbagai penyakit dengan tindakan dadah itu

DISPENSING
•         Persediaan dadah secara saintifik supaya dadah itu sesuai dan selamat untuk digunakan.

SIDE EFFECTS
•         Ini didapati bagi sesetengah dadah, biasanya seseorang yang mengambil dadah itu akan mengalami kesan sampingan seperti pening kepala, loya muntah selepas makan dadah itu.
•         Seseorang itu juga boleh mendapat kesan sampingan yang serius dan membawa maut.

TOLERANCE
•         Tahap keupayaan penerimaan dadah bagi seseorang untuk memberi kesan yang sama , dimana sebelum ini hanya memerlukan dosej yang sedikit /rendah.
•         Ini berlaku kepada individu yang terlalu kerap mengambil dadah.

ADDICTION
•         Ketagihan
•         Individu yang hidupnya bergantung kepada dadah dari segi fizikal dan mental.

ALLERGY/ALAHAN
•         Individu yang terlalu sensitif kepada sesuatu jenis dadah
•         Misalnya setelah menggunakan dadah itu dia mendapat ruam, urticaria dan gatal-gatal.

IDIOSYNCRASY
•         Reaksi tidak normal yang terdapat pada seseorang setelah memakan dadah yang mempunyai dosaj yang biasa.  Misalnya pesakit mengambil dadah Tranqulizer sebagai sedatif tetapi menyebabkan excitement.

PHARMACOPOEIA
·         Buku yang mengandungi senarai dadah yang digunakan di bidang perubatan dengan butir-butir berkenaan formula, persediaan dan dosej.


JENIS-JENIS PERSEDIAAN FARMASEUTIKAL

Ini adalah punca dan kandungan (constituent) dadah atau ubatan:
1.    Tablet
•         ubat tepung yang telah dimampatkan
diberi melalui mulut (orally



2.    Kapsul ( capsule )

Ubat serbuk yang diisi ke dalam sarung yang biasanya diperbuat dari gelatin.
ditelan dengan air.


3.    Pill
ubat tepung yang dibulatkan

4.    Sirap
ubat cecair yang dicampurkan dengan gula

     5.    Elixir
Persediaan yang mengandungi alcohol atau gliserin yang digunakan sebagai sarana untuk ubat pahit atau yang menyebabkan rasa loya.

6.    Linctus
Ubat cecair yang mengandungi bahan-bahan yang manis untuk melegakan batuk diminum perlahan-lahan tanpa air atau selepas minum air.

7.    Campuran ( mixture )
ubat cecair yang mengandungi beberapa jenis ubat atau dadah yang telah dicairkan / dilarutkan dalam air.

8.   Lozenges
sejenis ubat yang berasaskan gula dengan bahan antiseptic
kulum ( suck ) perlahan-lahan.

      9 .Emulsi
sejenis persediaan suspensi yang bercampur air dan minyak
ada sejenis emulsi yang disapu di luar badan.
ada jenis emulsi yang boleh dimakan seperti ‘cod liver oil’

    10.   Suppositori
 Persediaan ubat-ubatan pepejal yang berbentuk kon untuk dimasukkan ke    dalam anus

 11.  Pessary
        Persediaan plastic atau logam atau berubat dimasukkan ke dalam vagina.




    12.   Ointmen
    sejenis persediaan yang berminyak dan mengandungi ubat
digunakan untuk sapuan pada kulit atau mukus membran
biasa di masukkan dalam tiub.

    13.   Collodion
    Satu persediaan yang mengandungi tidak lebih dari 1% Pyrocillin
 merupakan satu larutan jernih atau keruh sedikit dan lekat

    14.   Lotion
Sejenis persediaan cecair untuk disapu di kulit

 15.  Liniment
           Persediaan cecair emulsi atau separuh pepejal berminyak dan alkohol digunakan untuk menggosok di kulit .

   16.    Krim
           Disapu pada kulit

 17.  Ampul
Ubat serbuk atau cecair yang dimasukkan ke dalam bekas kaca kecil
diberi melalui suntikan

    18.   Vail
·         ubat serbuk dimasukkan ke dalam kaca kecil
·         perlu dilarutkan dengan air suling
·         diberi melalui suntikan

   19. Penyembur aerosol
         disedut melalui sistem pernafasan

   20.    Inhalan
Hidu wap air panas yang telah dicampur dengan ubat ke dalam paru-paru

   21.    Ubat titis ( guttae )

•         ubat dalam bentuk cecair
•         dititiskan ke dalam bahagian yang diarahkan – hidung , telinga dan mata.



                                         KUMPULAN – KUMPULAN UBAT

A.  UBAT-UBAT YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM SARAF

1.Analgesik

•         Adalah ubat yang boleh melegakan/mengurangkan rasa sakit tanpa mengganggu kesedaran
•         dibahagikan kepada 2 bahagian:
i.      Analgesik lemah
•         Untuk melegakan rasa sakit yang ringan atau sakit yang sederhana kuat
•         contoh ubat:  Paracetamol ( Panadol )
      Kesan sampingan
•         boleh merosakkan buah pinggang jika lama digunakan
•         boleh merosakkan hati jika dos berlebihan.

ii.    Analgesik narkotik
•         digunakan untuk melegakan sakit yang kuat
•         contoh ubat: morphine Codeine fosfat
       Kesan sampingan
•         Ketagihan
•         Khayal
•         Mempunyai kesan toksik


 2.        UBAT ANAESTISIA
•         Berkuasa menghilangkan kesedaran dan perasaan dengan sepenuhnya
•         Contoh ubat:  Ketamin Hidroklorida
   Kesan sampingan
•         Meromokkan system saraf pusat
•         Anaestisik setempat
•         untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat disuntik atau disapu
   Contoh ubat:  Lignocaine

3.      SEDATIF
•         Agen yang boleh mententeramkan seseorang
•         tidak menyebabkan tidur tetapi boleh menyebabkan mengantuk
•         digunakan untuk menghilangkan perasaan risau dan gelisah.
•         contoh ubat :  Pentobarbitone

4.         TRANQUILIZERS

•         ubat penenteram
•         memadamkan reaksi emosi dengan tidak menghilangkan kesedaran diri.
•         Contoh ubat:  Chloropromazine
    Kesan sampingan:
•         mengantuk
•         mulut kering
•         jaundis

5.    ANTIKONVULSAN

•         ubat merawat sawan
•         contoh ubat:  Phenytoin sodium ( dilantin )
    Kesan sampingan:
•         mual , pening
•         gatal-gatal kulit
•         bengkak gusi
•         pergerakan yang kurang koordinasi
•         demam panas.

6.         ANTIDEPRESAN
•         meningkatkan emosi
•         contoh ubat:  Imipramine Hidrokloride
    Kesan sampingan:
•         sembelit, mulut kering
•         penakungan kencing
•         kabur penglihatan


B. UBAT-UBAT YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM PENCERNAAN.

1.  ANTASID
•         Bahan yang mengurangkan kekuatan asid hidroklorik yang terdapat di dalam gaster
•         juga untuk melegakan kesakitan dan gejala-gejala penyakit akibat berlebihan asid atau pepsin dalam gaster seperti penyakit ulser di gaster
•         bertindak dengan cara : Peneutralan/menawar
                                           menghalang penyerapan
•         contoh ubat :  Tablet Gelusil, Tablet Actal, Magnesium Trisilikat
•         kesan sampingan :  Sembelit, cirit birit

 2. UBAT PENCAHAR / JULAP / APERIEN
•         menggalakkan pembuangan najis ( air besar ) atau sembelit
•         Contoh ubat: Bisacodyl  (Dulcolax )

 3. ANTISPASMODIK
•         Ubat penahan perut atau usus memulas
•         Mengurangkan spasma otot perut atau usus
•         Contoh ubat: Atropine Sulfat, Hyoscine
Kesan sampingan: 
•         Penglihatan terganggu
•         Mulut kering

 4. ANTI-DIARREALS
Untuk merawat cirit birit
     .  Jika disebabkan oleh makanan yang dicemari oleh kuman
     .  Jika disebabkan oleh jangkitan:
•         Contoh ubat :  Thalazole
     Kesan sampingan:  gatal-gatal kulit
5.EMETIK

•         Agen pemuntah
•         Untuk mengeluarkan isi perut misalnya apabila termakan racun
Contoh ubat :  Apomorphine HCL


      6.   KARMINATIF

•         Untuk menggalakkan pembuangan gas-gas dari perut dan usus.
     Contoh agen :
•         Minyak pepermin
•         Halia

6.    ANTIHELMIN

•         Merawat parasit usus
•         Contoh ubat : 
•         Piperazine
     Kesan sampingan : Najis berwarna merah
                                         Muntah
•         Mebendazole ( Vermox )
     Kesan sampingan :  Cirit birit


C. UBAT-UBAT YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM PERNAFASAN

1.PENAHAN BATUK ( COUGH SUPPRESSANTS )
•         untuk menekan / menahan batuk yang tidak berkahak
 Contoh ubat :
•          Codeine Linctus
•         Linctus Phensedyl
 Kesan sampingan:  Mual,  muntah, sembelit

2.EKSPEKTORAN

•         Untuk menggalakkan batuk
•         digunakan untuk melegakan dada dari kahak yang pekat
•         Contoh ubat:  Ammonium Klorida
•         Kesan sampingan:  Mual, muntah, dahaga, sakit kepala dan mengantuk

3.ANTI-ASMA

•          Ubat untuk merawat penyakit asma
•         Jenis : Bronkodilator
•         Untuk membesarkan salur pernafasan yang menjadi sempit
Bentuk persediaan :
•         Inhalasi aerosol
•         Semburan
•         Suntikan
Contoh ubat:  Aminophylline
Kesan sampingan:  Mual dan muntah jika diberi melalui mulut, sawan, Aritmia dan hipotensi


D.        ANTIBIOTIK

•         Dihasilkan daripada mikro organisma/bacteria atau bahan-bahan yang diproses secara kimia
•         Membunuh atau mencegah pembiakan bakteria lain walapupun dalam kepekatan yang rendah
      Dikelaskan kepada:
           1.  Antibiotik berkuasa luas ( broad spectrum )
–        Berkesan terhadap banyak jenis organisma
–        Contoh ubat :  Tetracycline
                     Chloramphenicol ( C.M.C )

         2. Antibiotik berkuasa terhad 

             ( narrow spectrum )
•         berkesan terhadap sebilangan kecil bacteria
•         Contoh ubat :  Penisilin
                       Erythromycin


E.  UBAT-UBAT YANG BERTINDAK KE ATAS SISTEM KARDI-VASKULAR    DAN DARAH

     1.DIGITALIS
•         Ubat yang bertindak ke atas sistem jantung
•         Merangsangkan miokardium untuk mennambahkan kekuatan dan kadar penguncupan
•         Melambatkan denyutan jantungContoh ubat:  tablet / suntikan Digoxin
•         Kesan sampingan:  Hilang selera makan, mual, muntah. sakit abdomen, cirit birit, pergerakan jantung yang perlahan
•         Denyutan apeks pesakit mestilah dimonitor sebelum pemberian ubat ini sebelum pemberian ubat ini untuk mengelak dari kesan sampingan.  Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit jika kadar denyutan jantung adalah 60 denyutan atau lebih.

      2.   ANTIHIPERTENSI / HIPOTENSI
•         Untuk menurunkan tekanan darah
•         Contoh ubat :  Metildopa ( Aldomet )
•         Kesan sampingan :  Mengantuk, resah, kering mulut.

No comments:

Post a Comment